Boikot Piala AFF: Keputusan Jumaat Ini

Keputusan untuk boikot piala AFF yang sedang berlangsung di Myanmar sekarang akan diketahui pada hari Jumaat ini menurut kenyataan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Segalanya akan diputuskan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri, Jumaat ini sama ada Malaysia akan meneruskan baki saingan Piala AFF Suzuki di Yangon, Myanmar.

Ketika artikel ini ditulis Malaysia mengalami kekalahan pertama Piala AFF selepas tewas 1-0 kepada Vietnam dalam perlawanan secara langsung di TV2 petang tadi.

Boikot Piala AFF

Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah memaklumkan sudah membangkitkan isu boikot Piala AFF pada minggu lalu berdasarkan isu kemanusiaan yang sedang hangat diperkatakan di Myanmar sekarang terutama membabitkan penindasan etnik Rohingya di sana.

Baca Juga: Gol Faiz Subri Setaraf Messi, Neymar. Jom Undi Puskas

Keputusan boikot Piala AFF memerlukan pandangan banyak pihak selain Jemaah Menteri seperti Kementerian uar Malaysia.

Beliau sebagai Menteri Belia Dan Sukan tidak dapat membuat keputusan segera kerana penarikan diri Malaysia daripada Piala AFF memerlukan keputusan dan pandangan pihak lain kerana ianya isu yang besar dan boleh memburukkan hubungan dua hala Malaysia-Myanmar.

Dunia mengecam hebat isu kemanusiaan di Myanmar akibat penindasan etnik Rohingya di sana. Rohingya dilayan seperti sampah di sana dan berita mengenai etnik tersebut cuba diselindungkan Myanmar daripada kaca mata dunia.

Malaysia boleh mengambil inisiatif untuk boikot Piala AFF 2016 ini sebagai bukti mengecam kekejaman Myanmar terhadap minoriti Rohingya di sana.

Lagipun, admin lihat pasukan Malaysia macam tak boleh pergi jauh je. Baik cabut awal 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!