Menu

Bonus 2017 Kakitangan Awam Pulau Pinang RM2000 Dengan Syarat…..

Bonus 2017 kakitangan awam Pulau Pinang adalah sebanyak RM2000 yang akan dibayar pada penghujung tahun ini dengan syarat tiada masalah disiplin tetapi yang kurang berdisiplin tidak dibiarkan, mereka juga mendapat bayaran bonus sebanyak RM1000.

Wow! menarik bunyinya.. beruntunglah mereka yang menepati kriteria disiplin baik tu. Bagi yang kurang baik, ini boleh dijadikan pengajaran kepada mereka untuk memperbaiki rekod disiplin mereka pada tahun hadapan. Jangan ada yang berkecil hati sudah, kerja je macam biasa, banyak atau sikit bonus 2017 kakitangan awam ini ianya tetap rezeki.

Bonus 2017 kakitangan awam

Bonus 2017 kakitangan awam persekutuan pula, mereka akan mendapat bayaran sebanyak RM1500 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2018 baru-baru ini. Pesara pula mendapat bayaran khas sebanyak RM750. Bonus 2017 kakitangan awam persekutuan akan dibayar bermula Januari 2018.

Tarikh pembayaran Bonus 2017 bagi kakitangan awam persekutuan adan pesara dalah sebanyak 2 kali iaitu:

  • Januari 2018 (tarikh belum ditetapkan) sebanyak RM1000 bagi kakitangan awam, pesara sebanyak RM500
  • Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2018 (tarikh belum ditetapkan) sebanyak RM500 bagi kakitangan awam, pesara sebanyak RM250

Bonus 2017 Kakitangan Awam Pulau Pinang RM2000 Dengan Syarat…..

GEORGETOWN – Lebih 8,000 kakitangan kerajaan Pulau Pinang yang mempunyai rekod disiplin yang baik akan menerima bonus berjumlah RM2,000 yang akan dibayar pada penghujung tahun ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bonus akhir tahun itu akan dibayar penuh secara tunai kepada penjawat awam sebelum 2017 berakhir.

“Mereka yang tidak mempunyai rekod disiplin yang baik seperti yang ditentukan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUK), akan menerima RM1,000 secara tunai. Bonus ini juga berkuatkuasa terhadap kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT), perbadanan dan agensi kerajaan negeri.

Mesti Baca: Pulau Pinang, Selangor Hutang Terendah 2016, Pahang Tertinggi

Bonus 2017 kakitangan awam

“Bagi sekolah agama dan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) serta guru sekolah persendirian Cina pula, mereka akan menerima bonus sebanyak RM300. Manakala guru sekolah tahfiz, sekolah pondok dan tadika Islam (Tadis) akan menerima saguhati RM200 secara tunai,” katanya.

Perkara itu diumumkan Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan Pulau Pinang 2018 di Sidang Dun tengahari tadi – Sumber

Bagi negeri-negeri lain, kita tunggu maklumat lanjut berkenaan pembayaran Bonus 2017 kakitangan awam kerana kakitangan awam negeri di bawah tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing.

Pulau Pinang RM2000, bagaimana dengan Selangor dan Kelantan yang bukan di bawah pemerintahan kerajaan pusat ya 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!