Menu

BR1M 2017: Cara Kemaskini Permohonan

BR1M 2017 boleh dikemaskini atau membuat permohonan baru bermula pada 05 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016 melalui atas talian atau menghantar borang permohonan ke pejabat LHDN berhampiran.

Bagi permohonan baru atau kemaskini BR1M secara atas talian boleh merujuk terus ke Laman Rasmi BR1M.

Bagi permohonan baru BR1M atau Kemaskini BR1M dengan borang permohonan terus ke kaunter LHDN berhampiran. Rujuk jadual pembukaan kaunter LHDN di bawah.

BR1M 2017

Selepas selesai membuat permohonan baru BR1M atau mengemaskini BR1M anda boleh menyemak status permohonan BR1M bagi mengetahui jika anda layak atau tidak mendapat bayaran BR1M tahun depan.

Download Borang Permohonan Baru BR1M, Borang Kemaskini BR1M, soal jawab BRIM dan borang-borang berkaitan terus ke Laman Rasmi BR1M

Info Dan Tarikh Penting BR1M

  • Laman Rasmi BR1M tidak boleh dicapai melalui peranti mudah alih seperti telefon bimbit.
  • Tarikh akhir penunaian baucar BR1M 2016 telah dilanjutkan oleh MOF sehingga 15 Disember 2016.
  • MOF telah menetapkan tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2016 adalah pada 31 Januari 2017.

BR1M 2017

Tarikh Pembayaran BR1M 2017

1) Penerima BR1M sebanyak RM1,200 iaitu isi rumah pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah

  • Februari 2017 – RM400
  • Jun 2017 – RM400
  • Ogos – RM400

2) Penerima BR1M sebanyak RM900 iaitu isi rumah pendapatan bulanan RM3,000 – RM4,000

  • Februari 2017 – RM300
  • Jun 2017 – RM300
  • Ogos – RM300

3) Penerima BR1M sebanyak RM450 iaitu individu pendapatan bulanan RM2,000 ke bawah

  • Februari 2017 – RM450

Sebarang semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM

Pastikan yang layak menerima BR1M 2017 segera mengambil tindakan mengemaskini permohonan.

Bagi yang mahu cuba buat permohonan BR1M silakan mana tahu anda layak 🙂

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!