Budaya Mencarut: Spontan Atau Ikutan?

Kau memang ****mak! Anak **ram! … tut… tut.. tut….. Labu mencarut apabila mengetahui Labi juga menyukai gadis yang sama. Percaya atau tidak budaya mencarut sudah menjadi kebiasaan. Tak kira tua atau muda.

Mengapa kita mencarut?

Spontan…?

Ikutan….?

Apa Benda Mencarut Ni?

Menurut kamus DEWAN, carut merupakan perkataan keji dan kotor (cabul), perkataan hamun dan maki. Manakala mencarut bermaksud mengeluarkan perkataan keji dan kotor, memaki-maki dan kadang-kadang meludah. Orang yang suka mencarut digelar pencarut.

budaya mencarut

Admin tak kata abang diva Azwan Ali ni suka mencarut tapi perkataan dia ni memang berbaur mencarut. Mengapa dia suka mencarut? spontan atau ikutan?

Jom baca lagi….

Budaya Mencarut: Spontan Atau Ikutan?

Tiada orang lahir terus mencarut…..

Subjek mencarut tiada diajar di sekolah….

Rasanya tak ada mak ayah ajar anak mencarut….

Jadi, daripada mana datangnya budaya mencarut ni?

Senang kita kelaskan budaya mencarut ni kepada DUA kategori iaitu:

  • Spontan
  • Ikutan

Mencarut Spontan

Kalau jenis melatah ni memang biasa kita dengar mereka mengeluarkan perkataan kesat dan keji kerana terkejut. Mereka akan spontan mencarut kerana terkejut…..

Jenis ini memang susah nak kawal. Akhirnya jadi tabiat.

Satu lagi…. ketika sedang marah…. ini pun boleh buat orang mencarut. Bila dah terlampau marah dia akan mencarut untuk lepaskan kemarahan.

Ini juga di luar kawalan dan termasuk mencarut spontan.

Mencarut Ikutan

Admin pun kadang-kadang mencarut tapi …..

Adakah admin dilahirkan menjadi pencarut….???

Cakap baik sikit nooo… buh penampaq sat lagi 🙂

Semuanya terjadi kerana faktor persekitaran….

Pengaruh rakan-rakan, media massa itulah puncanya..

Tak macholah tak mencarut…

TV dan internet pun satu hal…

Rancangan kartun luar negara biasa sangat mencarut ni..

Kalau anak-anak tak kawal apa mereka tonton percayalah budaya mencarut ni cepat mereka hadam…

budaya mencarut

Tips Berhenti Mencarut

  • Kalau dah tahu orang kuat melatah jangan gatal pergi usik dia. Nanti menjadi-jadi mencarut dia tu. Ya seronok bergurau tapi jangan galakkan dia terus mencarut!
  • Tanam rasa malu nak mencarut…. malu pada orang lain dan malu pada diri sendiri
  • Jaga maruah… orang suka mencarut dipandang hina
  • Jaga nama baik keluarga…. suka tak orang cakap anak orang ni suka mencarut. Siapa yang malu?
  • Ingat Tuhan… ini yang paling penting…. mencarut dah tentu dapat dosa….

Mesti Baca: Senarai 10 Pekerjaan Paling Stress 2017

Oklah, admin nak mencarut sekejap….

Oppsss…..

Pesan admin kepada diri sendiri dan semua, jauhilah budaya mencarut ni. Marah pun janganlah mencarut..

Ambil buluh runcing tikamlah di tapak kakinya..

Setel……..

2 Comments

  1. Adreanna February 1, 2017
    • admin February 1, 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!