Menu

Buku Kord Gitar Kenangan Mengusik Jiwa

Sedang admin nak main gitar ni tiba-tiba teringat zaman belajar main gitar dahulu. Salah satunya buku kord gitar. Pehhhhh….. kenangan mengusik jiwa tu. Zaman sekarang budak-budak belajar gitar guna internet, youtube dan sebagainya.

Zaman admin budak-budak dahulu mana ada benda macam ni. Buku kord gitar itulah sumber rujukan 🙂

Siapa yang mula-mula belajar main gitar sekitar tahun awal 90an sehingga awal 20an pasti tak boleh lupa buku kord gitar betul tak?

Admin pun teringat-ingat kembali kenangan mula-mula belajar main gitar dahulu. Sanggup meminjam buku kord gitar daripada kawan, gitar pun pinjam semata-mata nak belajar main gitar.

Buku Kord Gitar

Balik sekolah singgah rumah sahabat dahulu belajar main gitar…

Masa tu kalau main gitar kord minor saja dah rasa cukup hebat, main lagu mudah saja. Main lagu rock kapak Wings, Search, Damasutra, Bumiputra Rockres, XPDC dan macam-macam lagi.

Main gitar sambil menyanyi konon sedaplah tu tapi nak main depan orang malu…..

Cukup sekadar hiburkan hati sendiri sudah 🙂

Besar pengaruh buku kord gitar kepada admin dahulu.

Anda pun sama betul tak?

Kenangan mengusik jiwa tu 🙂

Buku Kord Gitar Kenangan Mengusik Jiwa

Buku kord gitar mula popular ketika zaman kebangkitan muzik rock sekitar pertengahan dekad 1980-an. Bersaiz kecil dengan isi kandungan utamanya ialah lirik lagu yang disertakan sekali dengan kord-kord muzik untuk sesiapa yang berminat memainkan semula lagu-lagu tersebut sama ada menggunakan gitar atau organ.

Mesti Baca: Wings Berpecah Kini Bertiga, Tiada Lagi Joe

Selain itu ia dihiasi gambar-gambar penyanyi terkenal. Apa yang menariknya, ia tidak memilih lagu-lagu popular sahaja, tetapi memilih keseluruhan lagu dalam sesebuah album yang popular, kebiasaannya setiap album mengandungi 10 lagu.

Tidak hanya album-album rock sahaja yang menjadi pilihan, contohnya buku Nadairama Vol.1 (1987) berharga $2.50 dengan muka hadapan Amy Search, buku tersebut mengandungi kord untuk album Ibnor Riza, Sharifah Aini, Freedom, Pelangi, Headwind, Kopratasa, Search dan lain-lain.

Contoh Kord Gitar Lagu XPDC – Langsung Tak Faham

D Em
Kata hari ini
G
Kotakan janji
D
Usah ditangisi

D Em
Hidup yang sementara
G
Sekelip berubah
D
Sekelip berubah

Bm F#m
Penantian ini kehausan
G
Kerana aku sedang
Gm D
Di padang pasir

D Em
Perjalanan jauh
G
Tanpa tafsiran
D
Itulah pedoman

Bm F#m
Tidak kira waktunya tiba
G
Pasti geraknya bermula
Gm D
Gerak bermula
Gm D
Gerak bermula

A
Dan aku juga
D
Sama-sama
F# Bm
Mahu mengerti maksudnya yang nyata
G A
Ianya terselindung
Em A
Oh… di dalam bayangan

D
Perlukah
F#m Bm
Kau pertahankan segala dosa
Em A
Kerana semua itu
D
Ada waktu
Bm
Ada waktunya
Em A
Di mana janji

D
Dan tiba
F#m Bm
Dikala fajar pun mula menyinsing
Em A
Dan menutupi malam
D
Meratapi
Bm
Oh… susahnya
Em A
Dari mana hadirnya
D
Oh…

D
Perlukah
F#m Bm
Kau pertahankan segala dosa
Em A
Kerana semua itu
Em A
Ada waktu-waktunya

D
Dan kita
F#m Bm
Dikala fajar pun mula menyinsing
Em A
Dan menutupi malam
D
Meratapi
Bm
Oh… susahnya
Em A
Dari mana hadirnya

D
Perlukah
F#m Bm
Kau pertahankan segala dosa
Em A
Kerana semua itu
Em A
Ada waktu-waktunya
D
Di mana janji
Bm
Ada waktunya
Em A
Aku tempuhi
Em A
Dan aku tempuhi

Buku Koleksi Rock 10 (1991) pula mengandungi kord album Aishah, Dinamik, XPDC, Etika, Anita Sarawak, Wann, SYJ dan lain-lain. Manakala buku Koleksi Rock 12 (1994) mengandungi kord album Visa, Nico, 4U2C, Teacher’s Pet, Ella dan lain-lain.

buku kord gitar

Siri buku kord Koleksi Rock tersebut dikendalikan oleh Azim Chan, seorang penyanyi yang pernah merakamkan album lagu-lagu komedi bersama Hang Mokhtar – Sumber Artikel Blog Arkib Negara X

Puas admin google contoh buku kord gitar mengandungi koleksi lagu rock kapak beserta kord gitar tapi tak jumpa dah.

Di kedai buku pun rasanya dah tak jual lagi.

Siapa yang masih simpan buku kord gitar lagu rock kapak dahulu simpanlah baik-baik memang tak akan jumpa dah.

Admin pun teringin nak cari satu simpan buat kenangan 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!