Menu

Cabaran Mendapat Kerjaya Idaman, Ijazah Saja Tak Cukup!

Hidup adalah cabaran. Begitu juga dengan kerjaya. Habis belajar universiti barulah graduan akan berdepan dengan realiti hidup sebenar iaitu cabaran mendapat kerjaya idaman.

Zaman sekarang bukan senang nak¬†dapat kerja. Serius…. walaupun ada segulung ijazah itu bukan tiket untuk mendapat pekerjaan yang diidamkan.

Pernah tak baca kajian Jobstreet.com antara punca graduan menganggur? Baca Jobstreet: Mohon Gaji RM6,500 Antara Sebab Graduan Menganggur

Ok itu cerita minta gaji tinggi masa temuduga… pengalaman tak ada demand bukan main lagi ūüôā

Cabaran Mendapat Kerjaya Idaman

Terima hakikat… zaman dah berubah… ijazah semata-mata tak cukup….

Dahulu untuk mendapat pekerjaan boleh dikatakan mudah… siapa yang masuk universiti cerah masa depan. Mak ayah canang seluruh kampung anak ambil ijazah habis belajar dapat kerja berpangkat besar.. jadi rebutan anak dara kampung..

Itu dahulu………

Sekarang……??

Ada ijazah?

Orang lain pun ada ijazah…

Sekarang ni orang tengok dapat kerja atau tak bukan ada ijazah tapi simpan dalam fail…

Satu lagi… jangan asyik pandang kerja kerajaan saja.. kerja swasta pun menjamin masa depan.. orang kerja swasta lagi banyak duit cuma pencen saja tak ada… Baca Kerjaya Swasta: Asas Penting Masuk Dan Bina Kerjaya Swasta

                         DAHULU                          SEKARANG
Pekerjaan cari anda janji ada kelayakan Ada kelayakan pengalaman dan pakej tiada jangan harap!
Lepasan universiti calon menantu (jadi rebutan) Lepasan universiti tapi masih tercari-cari kerja (mak ayah yang risau anak tak laku)
Peluang kerja melebihi calon

 

Calon lagi banyak daripada kerja (satu kekosongan jawatan 50 orang temuduga)
Gaji sebulan RM1000 dah cukup besar dan mewah Sendiri pun tak cukup makan (hujung bulan pinjam duit orang tua)

Empat Cabaran Mendapat Kerjaya Idaman

1. Setiap Pekerjaan Bersifat Sementara

Mengapa? Hidup mesti berubah! Begitu juga dengan kerjaya. Mengapa ada yang telah bekerja pun sambung belajar sebab mereka mahu lebih maju dalam kerjaya mereka.

Begitu juga bagi yang masih menganggur. Mencari pekerjaan tidak susah sebenarnya tapi sejauh mana kerjaya pilihan itu menjamin masa depan. Oleh itu, sentiasa bersedia dan berani untuk berubah!

2. Sediakan Resume Yang Menarik 

Mengapa ramai graduan atau siapa saja masih gagal dapat kerja walau dah hantar berpuluh borang jawatan kosong? CGPA tinggi… muka dah lawa/kacak tapi haram panggil temuduga pun!

Salah satunya RESUME tidak menarik perhatian bakal majikan….

Sebelum menghantar borang permohonan jawatan kosong atau dipanggil temuduga kerja pastikan anda menyediakan resume yang menarik, ringkas tetapi padat.

Bagaimana rupanya RESUME kerja yang menarik perhatian bakal majikan? Baca Rahsia Resume Kerja

Cabaran Mendapat Kerjaya Idaman

3. Mencari Pekerjaan Adalah Pertandingan. Hanya Yang Terbaik Akan Menang

Mencari kerja ni dah macam lumba lari. Anda lambat anda tertinggal. Lagi satu…. siapa pelari terbaik dialah yang akan menang.

Begitu juga dengan mencari pekerjaan…

Jika anda nak bersaing dengan graduan lain lengkapkan diri dengan teknik komunikasi, resume yang power, pakej yang menarik dan sebagainya.

4. Ingat! Sebelum Dapat Kerjaya Idaman Banyak Cabaran Kena Tempuh

Senang cakap…. bersedia dan tabah.

Bukan senang nak dapat kerjaya idaman… banyak cabaran dan dugaan..

Hanya yang kuat akan menang dalam pertandingan mendapat kerjaya idaman.

Mesti Baca: Senarai 10 Pekerjaan Paling Stress 2017

Mencari pekerjaan sesuai tak boleh berhenti.. Terus berusaha dan jangan putus asa…

Cabaran mendapat kerjaya idaman seperti pertandingan..

Hanya yang terbaik akan menang..

Keep it up ūüôā

Masukkan EMAIL dan NAMA untuk Informasi Semasa, Info Kerjaya, Jawatan Kosong Kerajaan/Swasta, Panduan Peperiksaan dan Temuduga Kerajaan/Swasta

 

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!