Lebih 13 Ribu Cadangan Bajet 2018 Untuk Najib Baca

Perda Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Malaysia mengemukakan cadangan untuk dimasukkan ke dalam Bajet 2018. Setakat ini, kira-kira 13,837 cadangan Bajet 2018 telah dikemukakan untuk beliau baca.

Jika anda ada sebarang cadangan terbaik, apa kata kemukakan di laman web rasmi Perdana Menteri di https://bajet2018.najibrazak.com

Kepada yang selalu mengkritik kerajaan, apa kata anda cadangkan sesuatu yang mungkin boleh merubah kehidupan rakyat Malaysia. Itu lebih baik daripada terus menghentam itu tak betul, ini tak betul.

Siapa tahu cadangan anda dimasukkan dalam Bajet 2018, bangga betul tak?

Lebih 13 Ribu Cadangan Bajet 2018 Untuk Najib Baca

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini meneliti kesemua 13,837 cadangan rakyat untuk bajet 2018.

Beliau berkata demikian menerusi akaun Twitternya.

“13,837 cadangan anda di sini. Saya akan teliti bersama @MOFmalaysia . InsyaAllah, sama-sama kita bentuk #Bajet2018 yg inklusif, beri manfaat kpd semua,” tulisnya.

Terdahulu, Terdahulu, Orang ramai diajak supaya mengemukakan cadangan mereka untuk bajet 2018 menerusi laman web https://bajet2018.najibrazak.com.

Mesti Baca: Bajet 2018: Berita Gembira Kakitangan Awam

Cadangan Bajet 2018

Sementara itu, netizen menyambut baik tindakan Najib dan mengharapkan agar beliau tidak lupa membaca cadangan mereka seperti pengguna Twitter, Muhammad Firdaus.

“Datuk Seri jangan lupa baca cadangan saya,” tulisnya.

Turut berkata demikian adalah pengguna Twitter, Melissa Benidicta.

“Datuk Seri tolong mempertimbangkan masalah saya kerana saya amat menghormati DS. Berikan saya cahaya kehidupan untuk hari-hari mendatang, terima kasih,” tulisnya.

Bagi pengguna twitter, Norlida Mohd Yaacob pula mengharapkan proses berjalan dengan lancar.

“Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan Datuk Seri,” tulisnya. – Sumber

Walaupun mungkin tak semua cadangan Bajet 2018 ini dapat dibaca oleh Perdana Menteri tetapi sedikit sebanyak beliau menghargai buah fikiran rakyat dengan usaha sebegini.

Mungkin ada cadangan yang tidak terfikir oleh Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Bayangkanlah jika cadangan anda terpilih, sudah tentu bangga betul tak?

Kita tunggu sahaja 27 Oktober nanti apa cerita Bajet 2018 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!