Cara Buat Duit Dengan Adsense

Cara buat duit dengan adsense. Ada macam-macam cara untuk buat duit dengan internet dan salah satunya dengan ADSENSE. Adsense adalah platform popular di kalangan blogger untuk mendapatkan pendapatan daripada internet yang dibayar dalam USD. Bukan dengan blog saja kita boleh buat duit dengan adsense ni melalui Youtube pun boleh.

Kalau anda nak tahu ada ramai blogger yang buat ribuan USD dengan adsense setiap bulan. Anda bayangkan sehari 100USD darab dengan nilai tukaran wang semasa berapa ratus sehari? sebulan? setahun?

Nampak menarik betul tak? Macam best je buat adsense ni. Ok sebelum kita bincang lebih jauh cara buat duit dengan adsense jom kita lihat dulu apakah adsense ni?

cara buat duit dengan adsense

Google Adsense adalah program awal google untuk mempromosikan program pengiklanan mereka iaitu Google Adwords. Adsense ditawarkan kepada pemilik blog untuk meletakkan iklan daripada Google yang mana banner iklan dijana dengan kod tertentu.

Tugas blogger hanya salin dan tampal (copy and paste) kod iklan tersebut ke dalam blog mereka. Selepas beberapa saat atau minit iklan akan muncul di blog dan yang menariknya iklan yang dipaparkan di blog adalah relevan dengan isi kandungan blog.

cara buat duit dengan adsense

            Contoh Iklan Google Adsense

Istilah untuk pemilik adsense yang memaparkan iklan Goolge Adsense dipanggil “publisher“. Ringkasnya, cara buat duit dengan adsense seperti di bawah.

Letak Kod Iklan –> Iklan Relevan Muncul –> Pelawat Klik Iklan –> Google Bayar Dalam USD

Bagaimana Google Membayar Pemilik Blog Yang Meletakkan Iklan Adsense?

Nilai bagi setiap klik yang terhasil adalah sebanyak 68% daripada bidaan yang dilakukan pengiklan. Contohnya, pengiklan membida RM1.00 untuk satu klik jadi anda akan menerima 68% daripada RM1.00 iaitu 0.68 sen.

Secara purata jika kita mengambil bidaan RM1.00, jika jumlah klik iklan adsense di blog anda sebanyak 100 klik maka anda akan mendapat sebanyak RM68 untuk sehari saja. Jika setiap hari anda boleh kekal dapat 100 klik anda kiralah berapa pendapatan adsense sebulan?

Apabila sudah cukup USD100 terkumpul di dalam akaun, Google akan bayar terus ke akaun bank anda di Malaysia. Anda boleh pilih untuk menerima bayaran menerusi Cek, Wired Transfer dan juga Western Union. Anda boleh pilih kaedah bayaran yang paling mudah.

Sebab tu ramai blogger yang boleh hidup dengan pendapatan daripada adsense saja. Pendapatan adsense mereka berapa kali ganda orang makan gaji sebulan 🙂

cara buat duit dengan adsense

Tapi…. jangan berangan lebih kalau blog anda TIADA trafik! Trafik adalah bilangan pelawat yang masuk ke blog anda. Pada pendapat admin, paling kurang pun 100 trafik sehari jika anda nak merasa income adsense ni. Dari mana datangnya trafik ni terpulang sama ada dari enjin carian atau laman sosial.

Blog baru memang agak sukar nak dapat pendapatan adsense yang banyak setiap hari. Dapat dalam lingkungan USD1 ke USD3 saja sudah cukup baik kecuali pemilik blog pandai mencari sumber trafik sama ada secara percuma atau berbayar.

Bagi blog Carian Semasa sendiri yang baru dibina lebih kurang 3 bulan, pendapatan adsense dalam lingkungan USD1 ke USD3 sehari dan pernah mencapai USD7 sehari. Trafik pun hampir 90% daripada enjin carian (SEO) yang mana selebihnya daripada laman sosial seperti Fan Page Facebook.

Menulis Blog Kerana Minat Duit Akan Datang Kemudian. Confirm!

Ramai pemilik blog kecundang apabila menulis blog kerana duit semata-mata. Mereka tidak minat menulis tapi hanya menulis untuk duit. Penulis blog terpaksa ini biasanya separuh jalan saja dan berhenti menulis apabila merasakan penat lelah menulis TIADA hasil.

Percayalah cakap admin… apa pun pekerjaan yang kita buat jika datang dengan minat segalanya menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.

Anda Minat Menulis? Google Adsense Sedia Membayar 🙂

Bagi yang berminat nak buat duit USD dengan google adsense ni SYARAT UTAMA anda mesti memohon AKAUN ADSENSE dahulu. Ini yang susah tapi jadi senang kalau anda ikut arahan dan syarat yang diletakkan google.

Cara buat duit dengan adsense ni BUKAN kerja mudah. Blog baru yang nak dapat akaun adsense kena kerja kuat. Serius!

Update blog setiap hari tanpa jemu. PENTING bagi blogger baru. ELAK “copy paste” isi kandungan daripada blog orang lain. Ambil boleh tapi ubah dengan gaya penulisan anda sendiri.

Minimum 100 post dan usia blog mencecah sekurang-kurangnya 3 bulan anda bolehlah cuba memohon akaun adsense. InsyaAllah permohonan akaun adsense anda LULUS.. ini berdasarkan pengalaman admin sendiri 🙂

Cara Buat Duit Dengan Adsense Lebih Mudah Melalui Panduan Raja Adsense Revive

Cara Buat Duit Dengan Adsense

Panduan Raja Adsense Revive ini telah 11 tahun berada di pasaran dan merupakan panduan belajar buat duit dengan Google Adsense pertama dalam Bahasa Melayu.

Dalam Modul Panduan Raja Adsense Revive, anda akan menerima 10 modul yang dipecahkan agar memudahkan anda membangunkan blog. Ianya disusun step by step yang perlu anda lalui untuk memaksimakan peluang mendapat duit daripada Google Adsense ini.

1. Pengenalan

Ianya pengenalan untuk Modul Panduan Raja Adsense ini. Ia adalah untuk persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran dalam menulis blog bagi program Google Adsense ini. Ramai yang gagal bertahan disebabkan pelbagai isu. Ia akan dikupas di dalam modul ini.

2. Pemilihan Niche atau Topik

Langkah pertama ialah memilih niche atau topik yang terbaik untuk anda buat untuk pasaran Malaysia. Ada kupasan daripada beberapa blog yang berjaya yang boleh dijadikan rujukan dalam pembangunan blog anda sendiri.

3. Pembangunan Blog

Seterusnya ialah pembangunan blog sama ada mengunakan blogger atau wordpress. Dalam modul ini, banyak menyentuh tentang pengunaan wordpress yang dihos sendiri. Tools dan plugin yang digunakan untuk membantu pengurusan blog anda.

4. Penulisan Artikel

Artikel memainkan peranan yang sangat penting bagi sesebuah blog agar bertahan lama di enjin carian. Ia perlu dirancang dan ditulis dengan cara tertentu. Ianya perlukan latihan yang lama untuk aktiviti penulisan ini.

5. Search Engine Optimization

Ianya adalah rahsia bagaimana blogger berjaya mendapat ranking yang terbaik di enjin carian. Ia cara bagaimana untuk artikel mereka tampil pada kedudukan pertama apabila di cari oleh pengguna internet. Terdapat 2 cara SEO iaitu Onpage SEO dan juga Offpage SEO akan dibincangkan dalam modul ini.

Cara Buat Duit Dengan Adsense

6. Teknik Pemasaran Pantas

Dalam modul ini, anda ditunjukkan bagaimana untuk mendapatkan trafik dengan pantas. Sebagus mana sesebuah blog tidak berguna jika tiada pelawat. Sebab itu, modul ini dibuat agar anda boleh mengajak pelawat ke blog anda.

7. Mendapatkan Akaun Google Adsense

Akaun Google Adsense sangat sukar untuk diperolehi. Namun, dalam modul ini ada 3 cara untuk mendapatkan akaun Google Adsense Penuh. Terdapat 2 jenis akaun Google Adsense iaitu Penuh dan juga Hosted.

8. Blog Monetization

Selain daripada Google Adsense, anda akan ditunjukkan cara lain untuk menambah pendapatan blog anda. Pendapatan ini penting untuk membolehkan anda menampung kos-kos yang bakal ditanggung dalam pembangunan blog.

9. Akaun Adsense Hosted

Selain akaun penuh, anda juga boleh memiliki akaun Hosted Adsense iaitu menerusi Blogger dan Youtube. Anda ditunjukkan langkah demi langkah untuk mendapatkan akaun Hosted Youtube dan bagaimana untuk upgrade kepada akaun Google Adsense Penuh dengan akaun Hosted ini.

10. Isu Penting dan Tips

Penutup modul Panduan Raja Adsense, ianya akan membincangkan pantang larang yang seringkali anda terlupa sehingga menyebabkan kehilangan akaun Google Adsense.

Berapakah Harga Panduan Raja Adsense Revive?

Harga mampu milik khusus untuk blogger yang nak mula belajar cara buat duit dengan Adsense. Untuk tempoh terhad, panduan ini dibuka pada harga:

RM100
RM80 Sahaja

Jaminan Wang Dipulangkan jika anda tidak berpuas hati dengan kandungan Ebook ini, wang anda akan dipulangkan tanpa banyak soal.

Cara Buat Duit Dengan Adsense

Masukkan NAMA dan EMAIL untuk banyak lagi Tips Buat Duit Online daripada Blog Carian Semasa. Jangan lupa semak email untuk sahkan pendaftaran.

Panduan Raja Adsense Revive ini telah diterbitkan sejak 2006 dan ramai blogger telah mula menjana income adsense selepas memanfaatkan isi kandungan ebook ini. Kini, masa anda pula untuk belajar cara buat duit adsense. Segalanya tidak mustahil untuk buat duit dengan Google Adsense 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!