Menu

Cara Dan Prosedur Poligami Di Malaysia

Cara Dan Prosedur Poligami Di Malaysia. Bila sebut poligami ni ramai lelaki yang bergelar suami akan tersenyum simpul. Mahu tapi malu atau mahu tapi tak mampu.

Ok kalau dah rasa cukup kebal, dah penuh ilmu menangkis periuk belanga yang terbang nanti atau dah mula belajar silat bolehlah buat permohonan berpoligami di Mahkamah Syariah.

Cara Dan Prosedur Poligami

Islam memang membenarkan seorang lelaki mengahwini lebih daripada seorang wanita dengan syarat lelaki itu boleh berlaku adil secara sepenuhnya kepada semua isteri. Bagaimanapun, mampukan lelaki itu bersikap adil dalam berpoligami?

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Jika kamu takut bahawa kamu tidak dapat berlaku adil terhadap (hak) perempuan-perempuan yang yatim, maka kahwinilah oleh mu perempuan yang baik bagi mu, dua, tiga atau empat orang. Tetapi jika kamu takut bahawa tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja.” (Surah An-Nisa’: 3)

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:”Kamu tidak akan berkuasa berlaku adil antara perempuan itu, meskipun kamu sangat ingin demikian.” – (Surah An-Nur: 129)

Cara Dan Prosedur Poligami Dalam Islam. Baca Perkara Asas Sebelum Pasang Niat Berpoligami

Anda dah mula pasang niat berpoligami? Baca dahulu beberapa perkara asas yang dinilai mahkamah mengikut Seksyen 23(5) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1998:

  • Mahkamah akan melihat sama ada perkahwinan yang dicadangkan itu patut dan perlu dengan melihat kepada sama ada isteri pemohon tidak dapat melahirkan zuriat.
  • Isteri sedia ada mengalami keuzuran jasmani hingga menyebabkan tidak mampu melakukan persetubuhan atau isteri sedia ada adalah seorang yang gila.
  • Sama ada pemohon berupaya atau mampu untuk memberikan layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak syarak.
  • Perkahwinan yang dicadangkan oleh pemohon tidak akan mendatangkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada. Darar syarie ialah bahaya kepada
    isteri sama ada daripada segi agama, nyawa, tubuh badan, akal fi kiran, maruah atau harta benda mengikut syarak.
  • Isteri atau isteri-isteri sedia ada juga akan memberi keterangan di mahkamah sama ada pemohon layak untuk berpoligami atau tidak.
  • Setelah mahkamah meneliti permohonan pemohon, ikrar pemohon serta jawapan isteri atau isteri-isteri sedia ada dan setelah mahkamah meneliti keterangan pemohon, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan syarat-syarat untuk berpoligami, barulah mahkamah akan memutuskan sama ada pemohon layak atau tidak.

Baca Juga: Permohonan Kebenaran Berkahwin Online

Cara Dan Prosedur Poligami

Lulus Perkara Asas? Baca Pula Cara Dan Prosedur Poligami Dalam Islam

Jika perkara-perkara asas yang dinilai mahkamah syariah dah lulus baca pula prosedur permohonan poligami ni. Dah tak sabar nak melompat ke?

  1. Boleh dibuat di mahkamah tinggi syariah di tempat anda tinggal atau bermastautin.

  2. Permohonan berpoligami mesti disertai dengan:

  • satu ikrar yang menyatakan alasan berpoligami perlu dan patut;

  • pendapatan pemohon ketika itu;

  • Butir-butir komitmen dan tanggungan kewangan;

  • Bilangan orang yang akan menjadi tanggungan pemohon;

  • Sama ada pemohon mendapat keizinan atau pandangan untuk berpoligami daripada isteri atau isteri-isteri pemohon sedia ada.

Penting Untuk Pengetahuan Isteri. Faktor isteri tidak memberi keizinan BUKAN ukuran kepada mahkamah untuk tidak membenarkan pemohon untuk berpoligami – Sumber artikel dipetik daripada Sinar Harian Online

Dah siap baca Cara Dan Prosedur Poligami Di Malaysia?

Jom poligami! Ada berani ke? Bukan mudah ya nak poligami ni. Fikir panjang.

Dengan prosedur kebenaran poligami yang macam-macam dan jika anda dah bersedia untuk bersilat dengan isteri masa nak minta kebenaran berpoligami nanti bolehlah cuba hantar permohonan berpoligami 🙂

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!