Menu

Wang Tak Dituntut: Pernah Buka Banyak Akaun Bank Wajib Baca…

Wang Tak Dituntut. Mengikut pengalaman admin semasa mula-mula bekerja selepas tamat belajar dahulu, memang banyak buka akaun bank. Maklumlah bekerja sana sini, pendek kata kerja berhenti.. kerja berhenti.. dan bermacam-macam jenis akaun bank admin ada mengikut bank yang digunakan syarikat admin bekerja. Kesudahannya, ada akaun bank yang tidak aktif apabila berhenti bekerja.

Baru-baru ini admin ada terbaca di Facebook Viral Media Johor yang Wang Tak Dituntut berjumlah RM5.6 bilion!

Mungkinkah termasuk wang milik admin dan anda?

Siapa tahu betul tak?

Sekarang admin hanya aktif menggunakan Maybank, CIMB, Bank Islam dan Bank Rakyat sahaja.

Wang Tak Dituntut

Tetapi seingat admin memang ada bermacam-macam jenis akaun bank yang dimiliki dahulu seperti EON Bank, Public Bank, Hong Leong Bank, RHB Bank dan BSN.

Mesti Baca: Urusan ASB Tidak Perlu Buku Mulai 28 Jun, Kad Pengenalan Cukup

Jom kita baca apa yang admin petik daripada Facebook Viral Media Johor berkenaan Wang Tak Dituntut dan cara membuat semakan.

Siapa tahu jumlah terkumpulnya boleh beli sebiji motor EX5 🙂

Wang Tak Dituntut RM5.6 Bilion. Mungkinkah Termasuk Wang Anda?

Tuntutlah wang anda!

Sebanyak RM5.6 bilion jumlah terkumpul Wang Tak Dituntut yang dilaporkan masih gagal diserahkan kepada empunya pemilik kerana tiada tuntutan dibuat.

Mungkin ramai yang tidak tahu rupa-rupanya ada sejumlah wang milik kita di dalam bank, firma atau syarikat yang tidak dituntut bertahun-tahun lamanya.

Wang Tak Dituntut

Malah, kita sendiri lupa atau tidak tahu kewujudan wang tersebut.

Ramai yang tidak tahu semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara.

Admin sendiri tidak sedar dan baru tahu wang tersembunyi ini. Memang admin ada banyak akaun bank yang semuanya sudah tidak aktif bertahun-tahun. Mungkin ada wang di dalamnya siapa tahu.

Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut

Cara membuat semakan Wang Tak Dituntut sangat mudah! Bawa Mykad di kaunter Jabatan Akauntan Negara di seluruh negeri.

Pegawai bertugas akan membuat semakan melalui sistem tidak sampai 5 minit. TIADA bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan.

Mesti Baca: Semakan Status Muflis Secara Online Mulai 11 Mei 2017

Untuk makluman, jika anda pernah bekerja di banyak tempat bukan gaji sahaja yang masuk akaun anda mungkin ada bayaran elaun, bonus atau rebat insurans yang kita tak sedar dibayar bekas majikan.

Syarikat anda bekerja dahulu mungkin gagal menyerahkan wang anda kerana terputus hubungan dan sebarang masalah lain yang timbul.

Bahagian Wang Tak Dituntut (WTD), Jabatan Akauntan Negara akan membayar semua wang kepunyaan pemiliknya TANPA dikurangkan satu sen pun kerana mereka bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.

Ada kesempatan nanti memang admin nak buat semakan Wang Tak Dituntut sebab admin ada banyak akaun bank yang tak aktif bertahun-tahun.

Siapa tahu jumlahnya boleh beli motor EX5 🙂

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!