Cara Mengenali Minyak Masak Kitar Semula

Cara mengenali minyak masak kitar semula penting untuk kita ambil tahu kerana minyak masak kitar semula membahayakan kesihatan.

Malah, minyak masak kitar semula dijual secara berleluasa dan tanpa sedar hampir 90 peratus kedai makan menggunakan minyak masak kitar semula.

Kajian daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mendapati ada cara mengenali minyak masak kitar semula iaitu dengan kaedah pemerapan minyak masak dalam peti sejuk selama dua jam.Cara Mengenali Minyak Masak Kitar Semula

Cara Mengenali Minyak Masak Kitar Semula

Pemerapan minyak masak dalam peti selama dua jam menghasilkan minyak masak yang berbuih. Jika itu berlaku, sah minyak yang anda beli adalah minyak kitar semula.

Selain itu,  cara mengenali minyak masak kitar semula adalah dengan memasukkan seulas bawang putih ketika menggoreng sayur, jika bawang putih jadi merah, itu menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun.

Baca Juga: Harga Minyak Masak Petrol Dan Diesel November 2016

Pihak berkuasa mesti bertindak tegas mulai sekarang dengan membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang berkemungkinan membeli minyak itu daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Kita bimbang minyak kitar semula yang dibeli adalah tidak halal kerana kemungkinan kedai makanan tidak halal sepeti yang menghidangkan khinzir menjual minyak kitar semula kepada peniaga pasar malam.

Begitulah cara mengenali minyak masak kitar semula yang boleh dicuba di rumah. Walaupun harga minyak masak naik mulai November 2016 tapi jangan abaikan kesihatan diri dan keluarga dengan membeli minyak masak murah yang tak tau ketulenannya.

Pengguna pun hendaklah berhati-hati dan tidak terlalu memikirkan soal harga minyak masak murah tapi tak tahu daripada mana sumber minyak masak murah itu.

Pihak berkuasa mesti kerap memantau kedai-kedai makanan bagi mengetahui kejujuran peniaga menyediakan makanan. Mereka boleh melakukan pemeriksaan mengejut di dapur-dapur kedai makan halal dan tidak halal.

Suri rumah tangga pun hendaklah mengelakkan menggunakan minyak masak berulang kali. Memang itu menjimatkan tapi kesihatan tak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Leave a Reply

error: Content is protected !!