Cara Menggunakan Contact Lens Dengan Betul

Cara Menggunakan Contact Lens Dengan Betul Dan Selamat. Tanyalah kepada orang yang rabun, apakah mereka selesa memakai cermin mata? Tentu sekali jawapannya TIDAK! kerana admin pun di antara orang yang rabun jauh dan kalau boleh tak nak pakai cermin mata kerana ada masa merimaskan dan kurang selesa terutama ketika melakukan kerja berat dan kasar.

Penyelesaian mudah pakai contact lens atau kanta lekap. Tentu anda ada pengalaman sendiri ketika pertama kali mahu menggunakan contact lens. Ingat lagi masa mula-mula nak belajar pakai contact lens, sampai merah biji mata nak pakai, nak tanggal pun satu masalah, sampai berair merah biji mata nak cabut. Terfikir nak pergi hospital masa tu sebab tak tahu cabut contact lens 🙂

Banyak sudah kita baca dan dengar bahaya menggunakan contact lens. Bahaya yang macam mana dan apakah sebabnya? Admin pernah menulis bahaya menggunakan contact lens. Jom baca Pakai Kanta Lekap? Beringat Sebelum Terlambat!

Bahaya paling menakutkan boleh menyebabkan buta! Sebab utama tidak lain kerana tidak menggunakan contact lens dengan betul, bersih dan selamat.

Cara Menggunakan Contact Lens Dengan Betul Dan Selamat

Mesti Baca: Kereta Tak Boleh Start? Jangan Gelabah! Cari Punca…

Sebenarnya, apa barang pun boleh mendatangkan bahaya kalau kita tidak gunakan dengan cara yang betul. Oleh itu, kita mesti peka terutama yang melibatkan kesihatan dan tubuh badan kita. Begitu juga dalam pemakaian contact lens. Anda mesti tahu cara menggunakan contact lens dengan betul kalau tak nak timbul kesan buruk kepada mata pada masa depan.

Cara Menggunakan Contact Lens Dengan Betul Dan Selamat

Bagi yang rabun dan terasa nak belajar menggunakan contact lens, baca dan fahami dahulu cara menggunakan contact lens dengan betul. Jangan main redah sahaja, nanti menyesal.

  • Bersihkan tangan dengan pencuci tangan anti bakteria tanpa pewangi dan lap dengan tuala bersih. Bukan menggunakan tuala mandi.
  • Goncangkan dahulu bekas contact lens yang mengandung cecair contact lens supaya contact lens tidak melekat pada bekas. Jangan sesekali mengambil contact lens yang melekat dengan jari kerana ia boleh merosakkan contact lens.
  • Ambil contact lens, letakkan berhati-hati pada jari telunjuk dalam keadaan contact lens berbentuk sempurna (separuh bulat) seperti bentuk mata hitam.
  • Pastikan kedudukan contact lens tidak terbalik dengan melihat bentuk contact lens betul-betul berhadapan dengan mata. Bentuk yang betul adalah separa bulat. Kedudukan yang salah bila contact lens nampak lebih lonjong ke bawah. Tapi jangan risau. Kedudukan contact lens yang terbalik hanya menyebabkan sedikit ketidakselesaan dan tidak menjejaskan mata atau merosakkan contact lens.
  • Buka mata luas-luas sambil memandang ke hadapan. Jangan pandang ke bawah atau ke atas. Nanti susah nak letakkan contact lens dengan betul.
  • Tahan mata dengan jari tangan sebelah lagi supaya tidak berkelip dan letakkan contact lens pada mata
  • Tutup mata beberapa saat sambil pusingkan mata untuk membetulkan kedudukan contact lens pada mata
  • Buka mata dan lihat di dalam cermin untuk pastikan kedudukan contact lens pada mata telah betul. Kedudukan yang betul seharusnya membolehkan kita melihat dengan jelas dan terang tanpa rasa tidak selesa
  • Titiskan cecair yang khas untuk mata bercontact lens ke dalam mata
  • Buka contact lens menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dengan memicit contact lens dengan lembut.
    Penggunaan contact lens maksimum adalah tidak melebihi 8 jam.
  • Setelah contact lens dibuka, simpan contact lens dalam bekas contact lens dengan cecair contact lens. Jangan sesekali menggunakan air paip jika air contact lense tiada.

Mesti Baca: Senarai Hotel Murah Di Cameron Highlands

Itu sahaja perkongsian admin cara menggunakan contact lens dengan betul dan selamat. Sentiasa beringat ketika menggunakan contact lens.

Pengalaman admin sebagai pengguna contact lens separuh masa (kadang-kadang guna), kalau tak betul cara guna, cara menanggalkan dan tak peka aspek kebersihan memang menakutkan.

Mata akan menjadi merah menyala, berair dan keluar tahi mata. Masa itu memang menyesal sungguh pakai contact lens.

Nak pakai contact lens boleh saja cuma sentiasa peka aspek kebersihan dan fahami dahulu cara menggunakan contact lens dengan betul, selamat dan bersih ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!