Menu

Cara Menggunakan Kad Kredit Dengan Bijak

Kad kredit sering dilihat sebagai melambangkan gaya hidup mewah seseorang. Tetapi, penggunaan kad kredit yang tidak terkawal juga menjadi punca golongan yang dilihat mewah itu jatuh bankrap. Oleh itu, pentingnya pengguna kad kredit mengetahui cara menggunakan kad kredit dengan bijak.

Kad kredit membenarkan anda membeli barang dan membayar untuk perkhidmatan secara elektronik tanpa menggunakan tunai.

Bila anda menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membayar peniaga bagi pihak anda dan membilkan anda kemudian melalui bank pengeluar kad kredit anda. Ini membuatkan pembelian barang menjadi lebih mudah dan cepat.

Perhatian: Biasanya had kad kredit adalah dua hingga tiga kali gaji bulanan anda. Jika anda menggunakan kad kredit sampai hadnya maka, anda telah membelanjakan terlebih dahulu dua hingga tiga kali gaji bulanan anda.

Cara Menggunakan Kad Kredit Dengan Bijak

Kebaikan Menggunakan Kad Kredit

  • Ia merupakan kaedah pembayaran yang mudah dan cekap
  • Anda boleh menggunakan penyata untuk menjejak perbelanjaan anda bagi tujuan bajet
  • Sesetengah kad kredit memberikan insurans kemalangan diri dan perjalanan, bergantung pada jenis kad yang dikeluarkan
  • Pengeluar kad kredit memperkenalkan skim-skim menarik seperti skim ansuran faedah sifar, skim bayaran fleksibel dan pindahan baki pada 0% untuk membolehkan anda membeli sebanyak yang
    mungkin
  • Anda mendapat mata ganjaran sekiranya menggunakan kad kredit, yang biasanya tidak dinikmati sekiranya bayaran dibuat secara tunai.

Cara Menggunakan Kad Kredit Dengan Bijak

  • Bayar jumlah yang dihutang dengan penuh bila mendapat penyata bulanan untuk mengelak daripada dikenakan faedah
  • Jangan menggunakan kad kredit jika anda tidak boleh membuat bayaran bulanannya
  • Hadkan bilangan kad kredit yang anda miliki
  • Jangan menggunakan kad kredit untuk mendapatkan pendahuluan wang tunai dari mesin ATM. Setiap kali anda mengeluarkan wang menggunakan kad kredit, anda menambahkan lagi beban pinjaman. Pada masa yang sama, ditambah lagi dengan yuran pendahuluan wang tunai dan faedah harian yang dikenakan

Cara Menggunakan Kad Kredit Dengan Bijak

  • Bayar sebelum tarikh akhir penyata untuk mengelakkan caj bayaran lewat dan kadar penalti
  • Ketahui akibat kerap membuat bayaran minimum;
  • Jika anda mempunyai masalah aliran tunai, buat bayaran minimum untuk masa sekarang tetapi jelaskan bayaran sepenuhnya secepat mungkin
  • Sentiasa menyemak penyata bulanan kad kredit untuk memastikan urus niaga dan caj yang betul telah direkodkan. Penyata itu akan merekodkan urus niaga, yuran dan caj, tarikh bil matang dan bayaran minimum yang perlu dibuat. Hubungi bank anda sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam penyata anda ataupun anda tidak menerima penyata tersebut.

Baca Juga: Cara Mudah Kawal Belanja Harian

Kad kredit memang satu kaedah perbelanjaan yang mudah dan selamat tetapi pengguna kad kredit hendaklah sentiasa peka supaya tidak menggunakan kad kredit melebihi had.

Ketahui tips dan cara menggunakan kad kredit dengan bijak supaya anda tidak terjerat dengan hutang kad kredit nanti.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!