Cara Menghadapi Kehilangan Orang Tersayang

Kehilangan orang tersayang sama ada kematian atau perpisahan memang memeritkan. Sesetengah orang tidak dapat menerima hakikat kehilangan sehingga memudaratkan kesihatan sendiri atau lebih buruk memilih jalan singkat terjebak dengan perkara-perkara buruk seperti penyalahgunaan dadah, minum arak atau bunuh diri. Berhenti bersedih! hidup mesti diteruskan. Ada beberapa cara menghadapi kehilangan orang tersayang. Jangan pilih jalan hitam!

Cara Menghadapi Kehilangan Orang Tersayang

Sebelum melakukan sesuatu, fikir dahulu kesan yang akan datang. Memang tidak dinafikan, perasaan kehilangan orang tersayang menyeksa jiwa dan raga tetapi itulah lumrah kehidupan, berdepan dengan masalah bukan lari!

1. Mencari Sokongan

Ia sangat penting untuk anda tahu bahawa adanya orang yang sentiasa di sisi sewaktu anda memerlukan sokongan. Ianya sangat membantu apabila anda bercakap dengan kawan, ahli keluarga, kaunselor atau profesional perubatan. Kumpulan sokongan juga satu cadangan yang bagus kerana setiap orang boleh mengaitkan apa yang anda rasa dalam bentuk yang pelbagai.

2. Bersabar

Proses penyembuhan sememangnya mengambil masa . Memang susah untuk membuat keputusan sewaktu anda kehilangan seseorang. Sebaiknya tangguhkan dulu keputusan penting yang perlu dibuat sehinggalah anda benar-benar bersedia.

Mesti Baca: Cara Mudah Kawal Emosi Ibu Dan Anak

Mesti Baca: 8 Cara Kawal Marah Di Tempat Kerja

Cara Menghadapi Kehilangan Orang Tersayang

3. Sedar Diri

Hayati setiap detik yang datang, supaya anda boleh menerima kebenaran yang pahit dan mampu untuk memberi respon yang membantu diri anda sendiri.Teknik bertafakur seperti mengambil nafas dalam-dalam boleh membantu anda untuk sedar diri dan melahirkan emosi dengan baik tanpa berlebih-lebih.

4. Lahirkan Perasaan

Mengakui apa yang anda alami sememangnya banyak membantu, anda boleh memilih untuk menceritakan pada orang lain apa yang anda rasa atau mengiktirafnya secara peribadi sahaja.

5. Benarkan Diri Untuk Bergembira

Gelak tawa adalah penawar, tapi tidak salah untuk anda menangis. Cubalah sertai sebanyak mungkin aktiviti sosial.

6. Jaga Diri 

Amalkan rutin hidup yang sihat, makan sebaik mungkin. Bersenam jika mampu. Elakkan alkohol dan dadah lain kerana semua itu hanya menyusahkan lagi anda untuk melepaskan kesedihan di dalam hati.

Lumrah manusia akan bersedih kerana kehilangan orang tersayang tetapi berpada-pada, jangan sampai meracun diri.

Ada banyak cara menghadapi kehilangan orang tersayang, yang penting jangan bertindak bodoh dengan memilih jalan hitam.

Sumber Artikel

Leave a Reply

error: Content is protected !!