Jutawan Paling Ramai Lahir 2016, Terbanyak Sepanjang Zaman

Tanyalah kepada siapa sahaja, ada ke yang tak mahu hidup senang apatah lagi bergelar jutawan. Admin rasa peratusan yang tak mahu menjadi kaya hampir tiada. Ada ke yang menolak hidup senang dan memiliki duit yang banyak?

Ada sesetengah orang berkata, duit tak boleh bawa mati. YA memang benar! tetapi, jika TIADA duit rasa nak mati!

Zaman moden ini semuanya perlukan duit walaupun hanya untuk membuang air kecil betul tak?

Jika anda tidak mempunyai duit, macam mana nak menyara diri sendiri apatah lagi jika sudah beranak pinak.

Pendek kata, tak perlu ada duit yang banyak tetapi cukuplah untuk menyara diri, keluarga, membuat sedikit simpanan dan membuat kebajikan jika mampu.

Tahun 2016 Lahirkan Ramai Jutawan

HONG KONG – Bilangan jutawan di seluruh dunia meningkat hampir 8 peratus tahun lalu sekali gus menjadi angka tertinggi sepanjang zaman membabitkan kira-kira 16.5 juta orang dengan kekayaan terkumpul mencecah AS$63.5 trilion (RM268.6 trilion), kata firma perunding global, Capgemini dalam satu laporan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Aset individu dengan kekayaan bersih tinggi (HNWI) yang didefinisikan oleh Capgemini sebagai mereka yang mempunyai aset boleh labur bernilai AS$1 juta (RM4.2 juta) atau lebih tinggi, menokok 8.2 peratus dalam 2016 dan dijangka melepasi angka AS$100 trilion (RM423 trilion) menjelang tahun 2025.

jutawan

Menurut laporan tersebut, kira-kira 1.15 juta orang menjadi jutawan baharu pada tahun lalu.

Amerika Syarikat(AS), Jepun, Jerman dan China mencatat paling ramai bilangan dengan ketiga-tiga negara itu merangkumi hampir dua pertiga bilangan jutawan di dunia.

Mesti Baca: Membeli Secara Online Atau Membeli Di Kedai, Pilihan Anda?

Di AS pula, bilangannya bertambah daripada 4.46 juta kepada 4.8 juta orang, manakala jumlah jutawan di China meningkat kepada 1.13 juta berbanding kira-kira sejuta orang.

Rantau Asia-Pasifik, Eropah dan Amerika Utara menyumbang sama rata kepada peningkatan kekayaan itu dengan Rusia, Brazil serta Kanada mengubah trend penurunan bilangan yang berlaku setahun lalu, kata Capgemini.

Rusia yang dibantu pemulihan dalam pasaran sahamnya, menyaksikan bilangan jutawan di negara itu dan kekayaan mereka bertambah sebanyak 20 peratus.

Perancis mengatasi Britain dalam aspek bilangan jutawan pada kedudukan lima teratas, manakala Sweden mengambil alih tempat ke-25 daripada Singapura. – Sumber

Seronok kalau dapat jadi seorang jutawan.

Tiada masalah duit, anak bini hidup selesa dan boleh buat apa saja yang kita mahu.

Untuk menjadi seorang yang kaya raya BUKAN mustahil, komitmen dan sentiasa bekerja keras, selebihnya bertawakal kepada Tuhan, InsyaAllah 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!