Menulis Artikel SEO Makan Masa Tetapi Sangat Efektif!

Sejak admin bergelumang dengan dunia menulis blog sejak 2010 memang dah biasa dengar SEO iaitu singkatan daripada perkataan Search Engine Optimization. Ketika itu, admin tak ambil tahu sangat bab menulis artikel SEO dan sering abaikan SEO ketika menulis di blog.

Seingat admin sejak mula keluar daripada menulis bersendirian dan suka-suka seterusnya berkenalan dengan ramai blogger hebat yang buat banyak duit dengan blog melalui adsense dan affiliate, baru admin faham mengapa pentingnnya SEO dan mula belajar menulis artikel yang menekankan aspek SEO.

Admin bernasib baik kerana mendapat teman-teman blogger yang tidak pernah lokek ilmu untuk memberikan tunjuk ajar selok belok dan teknik SEO melalui perkongsian di laman sosial dan juga pertanyaan secara peribadi.

Sekarang setiap artikel yang admin tulis mesti menekankan teknik SEO walaupun tak semuanya menjadi seperti diharapkan. Jangan berhenti belajar menulis artikel SEO betul tak?

Menulis Artikel SEO Makan Masa Tetapi Sangat Efektif!

Orang ramai menggunakan internet untuk mencari maklumat. Di sinilah tugas seorang penulis blog untuk membolehkan penulisan mereka mendapat perhatian dan carian di internet.

Secara amnya ada DUA cara untuk membolehkan penulisan anda mendapat perhatian di internet iaitu:

  • Media sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp dan sebagainya
  • Enjin Carian seperti Google, Bing dan sebagainya – SEO

Jika anda mahu artikel dan penulisan anda mendapat perhatian di internet melalui enjin carian seperti Google, kedudukan atau ranking artikel SANGAT PENTING!

Mesti Baca: Vlogger Untuk Yang Tak Minat Menulis Di Blog

Oleh kerana SEO memerlukan ilmu, teknik dan strategi ianya memakan masa untuk membolehkan artikel anda mendapat ranking yang baik terutama carian yang tinggi di internet KECUALI anda menulis artikel yang KURANG CARIAN di internet, memang mudah mendapat ranking yang baik dan di muka hadapan Google.

Menulis Artikel SEO

Secara amnya, jika menggunakan cara SEO, sekurang-kurangnya letaklah target 3 hingga 6 bulan untuk melihat hasil yang baik.  Tambahan pula bagi penulis blog yang baru berjinak-jinak dengan SEO.

Walaupun menulis artikel SEO makan masa tetapi ianya sangat efektif! apabila artikel anda telah berjaya berada di muka hadapan Google, di ranking pertama, kedua dan ketiga anda hanya tunggu sahaja pengguna internet mencari artikel anda melalui Google.

Tak perlu guna Google ads (pakai duit) untuk meletak artikel di muka hadapan Google atau berkongsi artikel di media sosial. Orang mencari artikel anda! Menarik bukan?

Bagaimana Meletakkan Artikel Di Muka Hadapan Google Dengan Teknik SEO?

Walaupun teknik SEO memakan masa tetapi masih ada teknik dan strategi yang boleh digunakan untuk meletakkan artikel anda di muka hadapan Google dan siapa tahu di ranking yang pertama mengalahkan artikel yang telah lama bertapak!

1. Isi Kandungan Artikel Yang Menarik Minat Pembaca

Kalau mahu penulisan anda mendapat perhatian dan carian yang tinggi melalui enjin carian, artikel mestilah mengandungi gambar berkualiti, video, infografik atau apa juga kandungan yang berkualiti.

Selain itu, penulis blog yang bagus akan membuat kajian terlebih dahulu sebelum menulis artikel dengan melihat aspek seperti:

  • Apa yang perlu ditulis
  • Bagaimana ianya perlu ditulis
  • Kepada golongan yang mana ianya perlu ditulis
  • Mengapa ianya perlu ditulis
  • Apa yang boleh dipelajari daripada penulisan tadi

Selain daripada itu, artikel tersebut juga perlu dimasukkan unsur-unsur emosi bagi mendapatkan impak yang lebih baik.  Sebaik-baiknya anda perlu wujudkan unsur-unsur jenaka, sedih, marah atau membuatkan orang berfikir ketika membaca artikel anda.

2. Kualiti Isi Kandungan Yang Disukai Google Dan Enjin Carian Lain (Mesra SEO)

Selain memastikan pencari maklumat melalui SEO suka tentang kualiti isi artikel yang anda buat, Google dan enjin carian lain perlu juga suka tentang isi kandungan artikel anda. Jangan buat artikel yang merepek dan membuang masa.

Jika anda mahu menulis artikel yang mesra SEO dan mendapat perhatian Google dan enjin, cuba amalkan teknik SEO seperti berikut:

i. Topik Yang Sesuai

Sebelum menulis, anda boleh fikirkan dahulu topik yang sesuai dan sering dicari pengguna internet.

Cara terbaik untuk mempunyai topik yang sesuai ialah dengan menyediakan senarai soalan-soalan yang anda rasa para pengguna akan taip pada kotak pencarian Google yang anda mahukan pengguna tadi menjumpai artikel atau blog anda.

Sediakan sekurang-kurang­nya 50 atau 100 soalan yang anda rasa para pengguna akan cari dan anda mahu mereka menjumpai artikel anda.

ii. Cari Topik Anda Di Google

Setelah anda senaraikan topik-topik yang anda ingin tulis sebagai artikel, pilih satu dan cuba masukkannya ke dalam kotak pencarian Google.

Setelah menekan butang Search, anda akan lihat senarai yang disediakan Google yang mempunyai topik yang dicari tadi. Senarai ini adalah artikel-artikel yang telah ditulis orang lain yang tersenarai pada muka surat ­pertama.

iii. Lihat Topik Artikel Yang Sedia Ada Yang Mempunyai Ranking Tinggi

Apabila anda lihat senarai artikel yang disediakan Google pada muka surat pertama itu, anda akan perasan topik anda tidak sama kerana terdapat beberapa kata kunci yang penting tidak terdapat pada topik yang anda tulis. Ini juga menunjukkan topik yang anda tulis itu agak lemah. Bandingkan dan ubah sedikit topik anda.

Mesti Baca: Dua Cara Popular Jadikan Blog Sumber Pendapataniv. Ubah Sedikit Topik Anda

 

Di antara cara menulis artikel SEO untuk meletakkan artikel pada kedudukan ranking yang tinggi pada muka surat pertama di Google ialah dengan mengubah sedikit topik anda tadi. Bagaimana?

Caranya adalah dengan menyediakan kata-kata kunci yang hampir sama dengan salah satu daripada topik artikel yang disenaraikan oleh Google, yang paling hampir dengan topik yang anda tulis. Guna stategi yang sama bagaimana topik itu ditulis.

v. Kata Kunci Yang Pendek

Google akan mengaitkan set perkataan-perkataan dengan apa yang anda tulis. Oleh itu, pastikan guna kata kunci yang pendek dan mudah dikesan Google. Gunakan set perkataan itu dalam setiap penulisan artikel dan tulis dengan bentuk cerita yang semulajadi. Jangan ma­sukkannya terlalu banyak atau terlalu sedikit. Kena natural sedikit.

vi. Perenggan Pertama Menentukan Minat Pembaca

Sebaik sahaja artikel anda dijumpai di Google, mereka akan klik untuk melihat apa yang anda tulis, ini bermakna topik anda hebat. Tentu anda mahu mereka membaca penulisan anda sehingga habis. Jadi, pastikan perenggan pertama juga menarik agar mereka akan terus membaca ke perenggan kedua dan seterusnya.

Mesti Baca: Cara Semak Akaun ASTRO Paling Mudah

Itulah serba sedikit perkongsian teknik dan strategi menulis artikel SEO. Walaupun nampak macam remeh tetapi kalau mahu artikel dan penulisan kita mendapat perhatian di Google, jangan abaikan teknik SEO.

Walaupun mungkin makan masa menulis artikel SEO tetapi hasil dan kesannya sangat besar terutama jika anda menggunakan blog untuk mencari pendapatan seperti affiliate, adsense dan review produk.

Leave a Reply

error: Content is protected !!