Pakai Kanta Lekap? Beringat Sebelum Terlambat!

Siapa yang pakai kanta lekap atau dalam bahasa inggeris dipanggil “contact lense”? Ini admin nak cerita sikit pengalaman pakai kanta lekap. Apa yang admin nak cakap beringat sebelum terlambat! Mengapa?

Admin sebenarnya rabun jauh “power” tinggi juga dan mula belajar pakai kanta lekap pada tahun 2013 kalau tak silap. Sebab nak bergaya je lebih konon masa memandu boleh pakai spek hitam 🙂

Berjalan-jalan pakai spek hitam nampak macho..

Tahu apa jadi sekarang?

Mata admin asyik sakit saja. Kadang-kadang merah menyala, kerap tumbuh ketumbit atau bisul di bawah kelopak mata dan lebih parah mata jadi silau sangat dengan cahaya.

pakai kanta lekap

Itu dia padahnya!!!

Dah rabun satu hal tapi nak bergaya sangat pakai kanta lekap akhirnya……

Sebelum terlambat dan mata jadi lebih teruk admin dah mula berhenti gunakan kanta lekap.

Sayang mata.. biarlah rabun biarlah pakai spek kanta tebal jangan jadi Kassim Selamat sudah 🙂

Leceh Pakai Cermin Mata, Baik Pakai Kanta Lekap Macho Sikit…

Pakai kanta lekap memang nampak hebat. Bagi orang rabun, apabila tak guna cermin mata memang terasa bebas. Maklumlah spek tu duduk terletak di hidung setiap masa kadang-kadang merimaskan.

Kena pula tengah berjalan tiba-tiba hujan. Habis basah spek satu hal pula nak mengelap sampai bersih dan cerah..

Admin malaslah nak cerita banyak orang yang pakai cermin mata tahulah 🙂

Mesti Baca: Semakan Status Muflis Secara Online Mulai 11 Mei 2017

Ok berbalik kepada gejala yang mula timbul akibat daripada pemakaian kanta lekap yang tidak berhati-hati, admin nasihatkan berjaga-jaga mulai sekarang.

Admin dah mula rasa kesan dan serik dah. Sebelum jadi Kassim Selamat baik berhenti pakai kanta lekap.

Bagi yang masih gunakan kanta lekap, teruskan jika anda sentiasa berhati-hati dan beringat. Kalau ambil mudah bab kebersihan dan buat tak endah saja tunggulah mata sakit nanti.. Baru nak menyesal..

Kes-Kes Melibatkan Pakai Kanta Lekap Sambil Lewa

Cuba lihat beberapa kes yang melibatkan penggunaan kanta lekap yang dipetik daripada Utusan Online. Admin bukan nak takutkan tetapi itulah hakikatnya.

Pakai Kanta Lekap

  • Di London, seorang pakar bedah menemui 27 kanta lekap melekat pada mata seorang wanita ketika hendak melakukan pembedahan kataraks.
  • Seorang pemakai kanta lekap tegar yang memakainya lebih 10 jam setiap hari disahkan doktor pakar bahawa salur darah di bahagian matanya telah masuk ke dalam bebola mata hitam kiri. Jika tidak dirawat boleh mengakibatkan kebutaan.
  • Di United Kingdom (UK), seorang gadis terkena jangkitan teruk pada mata, parut pada kornea dan penglihatan rosak selepas memakai kanta lekap hiasan sepuluh jam sehari.

Mengapa Pakai Kanta Lekap Sambil Lewa Berbahaya?

Sebelum anda buat keputusan nak terus pakai atau tidak, cuba baca dahulu mengapa penggunaan kanta lekap sambil lewa berbahaya?

  • Pemakaian kanta lekap dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan bebola mata hitam pemakainya mengalami kekurangan oksigen yang diperlukan.
  • Penggunaan kanta lekap tidak berdaftar memberi kesan seperti ulser kornea, lelasan kornea, masalah penglihatan dan kebutaan.
  • Pemakaian kanta lekap boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada mata jika tidak dijaga dengan baik.

Pengguna Kanta Lekap.. Beringat Sebelum Terlambat!

Admin nak beri amaran kalau yang pakai kanta lekap sambil lewa macam admin baik beringat daripada sekarang! Jangan dah buta baru nak menyesal..

Admin pun dah bertaubat rasanya sebab admin susah nak jaga kebersihan dan susah nak berhati-hati pakai kanta lekap.

Mesti Baca: 7 Tips Bekerja Dengan Komputer Cara Selamat Untuk Pengguna Tegar

Pakai Kanta Lekap

Pilihan di tangan anda.. Pilih cantik, macho atau….???

Beauty Is Pain!

Cara Menggunakan Kanta Lekap Dengan Selamat

Jika anda masih menggunakan kanta lekap dan anda masih mahu meneruskannya tak salah pun cuma anda mesti berhati-hati dan sentiasa berwaspada aspek kebersihan.

  • Pengguna yang ingin mengenakan kanta lekap, perlu mendapatkan nasihat doktor atau pakar optometri kerana bukan semua orang sesuai memakai kanta lekap.
  • Sebelum membuat pembelian, pastikan penjual kanta lekap adalah penjual sah yang telah mendapat lesen daripada pihak berkuasa.
  • Elakkan membeli di pasar malam atau atas talian dan paling utama, pastikan kanta lekap sesuai dengan mata.
  • Jangan berkongsi kanta lekap bagi memastikan kebersihannya.
  • Pastikan kebersihan kanta lekap tersebut sebelum menggunakannya dan patuhi syarat penjagaan kanta lekap tersebut.
  • Jangan menyimpan kanta lekap di dalam tandas kerana terdapat banyak mikrob berbahaya yang boleh menyebabkan infeksi mata pengguna akibat mikrob yang melekat pada kanta lekap.
  • Pengguna kanta lekap perlu mendapatkan pemeriksaan berkala setiap enam bulan bagi menjaga kesihatan mata

Mesti Baca: Wang Tak Dituntut: Pernah Buka Banyak Akaun Bank Wajib Baca…

Itulah serba sedikit yang admin dapat kongsikan perihal kanta lekap berdasarkan pengalaman admin sendiri yang dah pakai kanta lekap hampir 4 tahun.

Sekarang admin dah serik rasanya.. sebelum terlambat baik admin berhenti gunakan.

Kalau anda nak teruskan tak salah cuma sentiasa beringat dan berhati-hati..

Beauty Is Pain 🙂

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!