Belum Buat Pengesahan Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2018? Penempatan Sekolah Anak Dibatalkan!

Admin pun sebenarnya baru saja membuat pengesahan pendaftaran murid tahun 1 ambilan 2018 untuk anak admin.

Itupun setelah dimaklumkan oleh rakan. Memang admin langsung tidak tahu kena mengesahkan pendaftaran murid tahun 1 untuk tahun hadapan. Maklumlah anak sulong baru nak masuk sekolah kurang pengetahuan lagi 🙂

Jadi kepada ibu bapa yang belum mengesahkan pendaftaran murid tahun 1 ambilan 2018 sila lakukan segera!

Jika Tidak Membuat Pengesahan Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2018?

Jika anda tidak melakukan pengesahan dalam tempoh ditetapkan, anak anda mungkin mengalami kesulitan seperti berikut:

  • Menjejaskan urusan pihak sekolah menyediakan kemudahan persekolahan anak anda
  • Penempatan sekolah anak anda dibatalkan

Semakan Keputusan Dan Pengesahan Pendaftaran Tahun 1 Ambilan 2018

Bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang semakan keputusan dan pengesahan pendaftaran tahun 1 telah dibuka mulai 16 Julai 2017 sehingga 30 Ogos 2017

Bagi negeri-negeri lain, semakan keputusan dan pengesahan pendaftaran tahun 1 telah dibuka mulai 01 Ogos 2017 sehingga 30 Ogos 2017

Pengesahan Pendaftaran Murid Tahun 1

Cara Membuat Semakan Pengesahan Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2018

Cara untuk mengesahkan pendaftaran sangat mudah!

Hanya login menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan semasa anda mendaftar permohonan kemasukan darjah 1 dahulu.

Mesti Baca: 6 Cara Rapatkan Hubungan Dengan Anak Untuk Ibu Bapa Bekerja

Kemudian, klik butang pengesahan pada ruangan Sekolah Yang Ditempatkan dan cetak maklumat pengesahan pendaftaran murid tahun 1 tersebut untuk simpanan.

Anda tidak perlu menghantar apa-apa lagi dokumen ke sekolah berkenaan.

Rayuan Permohonan Sekolah Bagi Yang Gagal Mendapat Tempat

Bagi ibu bapa yang gagal mendapat sekolah seperti yang dipohon semasa membuat pendaftaran kemasukan tahun 1 ambilan 2018, rayuan boleh dibuat bergantung kepada kekosongan tempat. Modul Rayuan Online akan dibuka pada 01/08/2017 – 30/09/2017

Sekali lagi admin nak ingatkan pengesahan pendaftaran murid tahun 1 ambilan 2018 masih dibuka sehingga 30 Ogos 2017 sahaja

Cepat bertindak, masa semakin suntuk!

Jika tidak anak akan mengalami kesulitan ketika hari kemasukan sekolah nanti. Lebih buruk penempatan sekolah anak mungkin dibatalkan.

Mana anak nak sekolah nanti 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!