Menu

6 Cara Rapatkan Hubungan Dengan Anak Untuk Ibu Bapa Bekerja

6 Cara Rapatkan Hubungan Dengan Anak. Zaman sudah berubah. Dahulu ibu bapa banyak masa untuk bersama dengan anak tetapi tuntutan hidup pada masa sekarang memerlukan ibu bapa bekerja keras untuk kehidupan yang selesa. Akhirnya, hubungan dengan anak menjadi renggang dan mereka seakan menjauhkan diri daripada ibu bapa.

Apapun, masih belum terlambat untuk kita berusaha untuk merapatkan hubungan dengan anak selagi mereka masih kecil.

6 Cara Rapatkan Hubungan Dengan Anak

Ada 6 cara yang boleh dicuba untuk membantu meningkatkan kasih sayang dengan si manja anda. Jom kita lihat, mungkin ada cara yang anda amalkan atau tidak.

1. Membaca Bersama

Kalau ada masa lapang, ajak si kecil membaca bersama-sama. Pilih buku dan jalan cerita yang santai dan menghiburkan.

Buat mimik muka dan gaya sambil membaca pasti membuat si manja tertarik untuk mendengar sampai habis anda bercerita. Gelak ketawa si manja pasti membuat hati anda berbunga-bunga 🙂

2. Peluk, Belai Dan Bermain Bersama

Kanak-kanak memang suka bermain. Ada ibu bapa yang tidak suka anak membuat membuat rumah bersepah dengan mainan dan selalu menegah mereka. JANGAN sekat mereka bermain! Nama pun kanak-kanak betul tak?

Lebih baik jika anda bermain bersama-sama mereka dan melayan setiap pertanyaan mereka.  Ini dapat membantu proses perkembangan otak anak. Jangan lupa untuk menasihati si manja untuk mengemas semula permainan mereka sebelum tidur.

Mesti Baca: Kesan Pelukan Ibu Bapa, Anak Lebih Hebat!

Peluk dan belai anak jika berkesempatan. Sebagai contoh, ketika menonton TV bersama. Secara spontan anda memeluk dan menggomol anak. Ini membuatkan si manja anda terasa disayangi.

Cara Rapatkan Hubungan Dengan Anak

3. Jangan Sentiasa Menolak

Kanak-kanak memang suka minta macam-macam betul tak? Jangan menolak mentah-mentah permintaan anak! Ada permintaan mereka boleh dipenuhi dan dalam masa yang sama jangan terlalu menurut kehendak anak tambahan pula jika mereka meminta permainan yang mahal harganya.

Terangkan kepada anak mengapa anda tidak dapat memenuhi permintaan mereka dan jika boleh gantikan permintaan mereka dengan sesuatu yang lebih murah dan bersesuaian.

4. Bersikap Adil

Jika anak anda lebih daripada satu, penting untuk bersikap adil!

Ibu bapa mesti bijak membahagikan kasih sayang yang sama rata kepada anak-anak. Jangan kerana perlakuan ibu bapa ada anak-anak yang berjauh hati.

5. Bercuti

Jika ada wang lebih dan masa, bawa anak-anak pergi bercuti ke tempat yang menarik. Inilah peluang terbaik untuk merapatkan hubungan dengan anak dan melakukan aktiviti bersama.

6. Makan Bersama

Bayangkan ada ibu bapa yang tiada masa untuk makan bersama anak kerana terlalu sibuk dengan kerja. Ambil anak daripada pengasuh atau sekolah dan terus menidurkan anak kerana anda terlalu penat untuk melayan kerenah anak.

Cubalah yang termampu untuk mencari masa makan bersama anak. Jika tidak sempat sarapan dan makan tengahari bersama, pastikan anda makan bersama-sama dengan anak pada waktu malam.

Mesti Baca: Anak Susah Makan? Cuba Tips Ini

Inilah masa terbaik untuk berbual dengan anak, bertanyakan aktiviti mereka di sekolah atau pengasuh. Ini membuatkan anak berasa disayangi dan mereka akan seronok bercerita. Anda hanya perlu melayan sahaja cerita mereka 🙂

Itulah 6 cara rapatkan hubungan dengan anak terutama bagi ibu bapa yang bekerja.

Walau sesibuk mana pun, ingatlah anak semakin membesar. Jika mereka tidak mendapat kasih sayang dan perhatian secukupnya, peratusan untuk anak membesar menjadi liar dan tidak dapat dikawal sangat tinggi!

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!