Cara Simpan Beras Yang Betul Elak Kutu

Nak tahu cara simpan beras bagi mengelakkan kutu? Kutu beras adalah haiwan perosak yang biasa ditemui dalam bekas simpanan beras di rumah. Kehadiran kutu beras menyebabkan beras yang disimpan menjadi rosak dan hancur. Kita pun menjadi tidak selesa untuk makan nasi yang mengandungi kutu beras.

Lazimnya, beras yang diserang bubuk akan menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Hendak dibuang mungkin terasa sayang dan tidak mahu ia menjadi amalan pembaziran apatah lagi jika kuantiti beras masih banyak.

Cara Simpan Beras Yang Betul Elak Kutu

Berikut merupakan tip dan cara simpan beras supaya terhindar daripada gangguan kutu beras.

1. Tempat simpanan

  • Tempat penyimpanan yang bersih akan menghindarkan beras baharu dengan kotoran atau menjadi tempat pembiakan kutu beras.
  • Periksa bekas ada tahan karat atau tidak. Tempat penyimpanan yang mudah berkarat mempengaruhi kualiti beras disimpan.
  • Pastikan tempat simpanan tidak bocor dan ditutup rapat kerana beras akan menyerap air. Ia turut menyebabkan kehadiran kulat yang dapat dikesan menerusi keadaan beras yang kelihatan seperti menggumpal.

Mesti Baca: 7 Cara Putihkan Gigi Dengan Bahan Semulajadi

Mesti Baca: Cara Menggunakan Contact Lens Dengan Betul

Cara Simpan Beras Elak Kutu

2. Suhu

  • Elak menyimpan beras di tempat yang terlalu panas atau kawasan lembap.
  • Suhu yang tidak stabil boleh menyebabkan beras berbau di samping menggalakkan pembiakan kulat dan kutu.
  • Suhu ideal untuk menyimpan beras adalah sekitar empat hingga lima darjah Celsius.

3. Tempoh

  • Kajian menunjukkan beras putih (yang telah digilap) mampu mengekalkan kandungan nutrisi dan rasa selama 30 tahun jika disimpan dengan baik.
  • Beras perang pula hanya dapat bertahan kira-kira enam bulan kerana komposisi minyak asli yang terkandung di dalamnya.
  • Begitu pun, disarankan tidak menyimpan beras terlalu lama dan menghabiskan dahulu baki beras lama sebelum memasukkan beras baharu di dalam bekas yang sama.

4. Bauan Asli

  • Terdapat juga bahan-bahan yang boleh membantu menghalau atau mengelakkan kehadiran kutu beras.
  • Masukkan salah satu bahan masakan yang mudah didapati di dapur seperti cili kering, kulit kayu manis, daun limau purut atau bawang putih ke dalam tempat simpanan beras.
  • Sifat dan bauan asli bahan-bahan tersebut biasanya tidak disukai serangga seperti kutu beras.
Kutu beras atau bubuk yang masuk ke dalam bekas simpanan beras memang merimaskan, cubalah amalkan tip dan cara simpan beras di atas.

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!