Cas 30 Sen Air Bungkus Ikat Tepi, Pemilik Restoran Jawab……

Baru-baru ini kecoh juga di laman sosial dengan tersebarnya gambar sekeping resit bayaran minuman yang tertera cas 30 sen untuk air bungkus ikat tepi.

Ianya sudah tentu mendapat kecaman orang ramai, admin sendiri pun terkejut. Nak bungkus air “ikat tepi” pun kena cas. Melawak ke apa?

Rasanya ramai yang tak pernah ambil kisah tentang resit bayaran minuman betul tak? Admin pun tak pernah minta resit bayaran kalau sekadar beli air, mungkinkah kita pun pernah terkena selama ini?

Apapun, jom kita baca apa jawapan pemilik restoran cas air bungkus “ikat tepi” 30 sen tu.. Lepas tu nilailah sendiri logik ke tak jawapan dia tu.

Admin macam nak gelak pun ada dengan jawapan dia ๐Ÿ™‚

Cas 30 Sen Air Bungkus Ikat Tepi, Pemilik Restoran Jawab……

RAWANG – Rentetan kontroversi menyelubungi isu ‘caj tambahan 30 sen air bungkus ikat tepi’ yang menjadi tular sejak beberapa hari lalu, pemilik restoran berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menerusi perkongsian sebuah video, pemilik restoran berkenaan yang dikenali sebagai Nita berkata, terdapat perbezaan kuantiti air yang diminum di restorannya dan diikat tepi (dibungkus).

 air bungkus ikat tepi

“Saya terpanggil untuk perbetulkan keadaan mengenai isu ini.

“Bagi saya jelaskan dalam keadaan ekonomi sekarang 30 sen tak bawa kepada apa-apa nilai…depan saya ada dua gelas air untuk diminum. Satu untuk diminum di restoran dan satu lagi dibungkus.

Mesti Baca: Keliru Perbezaan United Kingdom, Britain dan England?

โ€œKalau lihat yang dibungkus ada nilai tambahan, ada perbezaan,” katanya sambil menunjukkan perbezaan antara kuantiti air minuman yang dibungkus dan diminum di restorannya.

Wanita itu berkata, dia berharap netizen tidak mudah menjatuhkan hukuman kepada pihaknya.

“Jangan mudah jatuh hukum dan mudah jatuhkan orang lain, tidak adillah bagi kami. Jadi kalau nak sembang lebih boleh datang terus,” katanya – Sumber

Anda puas hati tak jawapan pemilik restoran ikat tepi ini?

Boleh pula dia cakap cas 30 sen tak ada nilai ya?

Admin rasa air minum dengan air bungkus sama je kuantiti dia, ais lebih banyak daripada air betul tak ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

error: Content is protected !!