Sah! Catalonia Merdeka. Barcelona Bermain Di Liga Malaysia?

Berita ini agak mengejutkan sebenarnya kerana wilayah Catalonia seperti bermain tarik tali untuk mengumumkan kemerdekaan dan berpisah dengan negara Sepanyol. Nampak macam tak jadi sahaja tetapi akhirnya sah sudah Catalonia merdeka!

Tidak pasti ini berita gembira atau duka kepada peminat bola sepak dunia kerana bagaimana dengan nasib pasukan Barcelona, Espanyol dalam Liga Sepanyol/La Liga?

Mecti Baca: Liga Sepanyol Tanpa Barcelona Selepas Oktober 2017?

Adakah Barcelona akan memilih Liga Malaysia musim 2018 nanti? Mungkin impian untuk melihat Safiq Rahim memangkah kaki Lionel Messi menjadi kenyataan?

Admin nak cakap satu je…. JANGAN MIMPILAH 🙂

Sah! Catalonia Merdeka. Barcelona Bermain Di Liga Malaysia?

BARCELONA 27 Okt. – Wilayah Catalonia mengumumkan kemerdekaan dari Sepanyol setelah parlimennya mengadakan undian, hari ini.

Dalam undian tersebut, sebanyak 70 undi menyokong diterima, dengan 10 lagi menolak, dan dua lagi kertas undi kosong

Catalonia Merdeka

Krisis politik terburuk di Sepanyol dalam tempoh beberapa dekad itu tercetus disebabkan undian referendum kemerdekaan pada 1 Oktober lalu bagi wilayah separa autonomi yang mewakili 16 peratus daripada populasi penduduk Sepanyol.

Catalonia mempunyai 7.5 juta penduduk yang amat melindungi bahasa dan kebudayaannya. Rantau itu diberi kuasa menguruskan bidang politik, pendidikan dan kesihatannya sendiri.

Bagaimanapun, pengisytiharan itu gagal mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Perdana Menteri Britain, Theresa May mengecam tindakan itu yang dianggapnya sebagai haram.

Jerman, Perancis, Itali dan Amerika Syarikat serta Kesatuan Eropah juga tidak mahu mengiktiraf Catalonia sebagai sebuah negara – Sumber

Berita tergempar ini admin petik daripada Utusan Online.

Nantikan maklumat lanjut isu Catalonia merdeka dan nasib pasukan Barcelona dalam Liga Sepanyol nanti.

Nak tengok Safiq Rahim pangkah kaki Lionel Messi dalam Liga Malaysia musim depan?

Jangan mimpilah 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!