Menu

Checklist Tahun Baru. Mengapa Penting?

Checklist Tahun Baru. Mengapa Penting? Selamat Tahun Baru 2019. Hari ini adalah hari pertama kita berada dalam tahun 2019. Alhamdulillah kita masih bernafas, masih dapat melihat wajah orang tua, isteri, anak dan yang paling penting masih diberi kesempatan oleh Tuhan untuk membuat seberapa banyak amalan untuk di bawa ke “sana” nanti.

Bagaimana dengan azam tahun 2018? tercapai? atau gagal menepati sasaran? Azam sekadar azam yang penting kita tidak berhenti untuk mencapai azam tesebut.

Setiap masa kita diuji. Itulah tanda Tuhan sayang kepada kita. Bagaimana bentuk ujian tersebut? Ada orang yang diuji dengan kesenangan kerana Tuhan mahu melihat bagaimana dia mensyukuri nikmat tersebut atau lalai dan menjadikan dirinya semakin jauh daripadaNya.

Checklist Tahun Baru

Mesti Baca: 6 Cara Menghadapi Kehilangan Orang Tersayang

Ada pula yang diuji dengan segala bentuk masalah yang bertimpa-timpa. Mengapa? adakah itu tandanya Tuhan benci kepada kita? TIDAK. Itu juga tanda Tuhan sayangkan kita. Apabila ujian datang, Tuhan mahu kita kembali kepadaNYa. Mungkin kita terlalu lalai dengan dunia, apabila ditimpa masalah, semua orang menjauhkan diri daripada kita, kepada siapa lagi mahu kita harapkan?

Bagi admin pula, tahun 2018 sangat mencabar. Berbagai-bagai masalah menimpa. Siapa yang mahu mencari susah betul tak? Semuanya berpunca daripada kesilapan sendiri tetapi itulah bukti Allah sayangkan admin. Kalau tiada masalah, admin tak nampak kelemahan diri sendiri.

Tetapi, jangan kita mengalah. Bangkit! setiap masalah ada jalan keluar. Hadapi masalah tersebut. Jangan lari. Perit untuk ditanggung tetapi itu bukan alasan.

Bersabar. Itu KUNCI kejayaan. Bersabar dan teruskan berusaha mencari jalan keluar daripada masalah. Masalah sebenarnya menjadikan kita lebih hebat. Kita lebih hebat berfikir. Itulah kurniaan Allah yang kita abaikan. AKAL FIKIRAN.

Checklist Tahun Baru. Mengapa Penting?

Masuk sahaja tahun baru kita sudah boleh merancang apa yang akan dilakukan atau cuba menyelesaikan rancangan tahun lepas. Ok, sempena Tahun Baru 2019 mari kita berfikir sejenak. Mengapa pentingnya Checklist Tahun Baru? Adakah ianya membantu kita?

1. Membakar Semangat

Apabila kita membuat perancangan, itulah yang ingin kita capai. Jika boleh tuliskan perancangan tersebut atau buat catatan dalam telefon untuk kita senang semak checklist tersebut. Cara yang bagaimana untuk mencapai sasaran tersebut? terpulang kepada kemampuan diri. Dapatkan khidmat nasihat daripada orang yang dipercayai jika gagal untuk menilai kemampuan.

Checklist Tahun Baru

2. Peringatan Supaya Kekal Fokus

Checklist tahun baru juga sebagai peringatan untuk kekal fokus. Kadang-kadang kita terlupa kerana kesibukan rutin harian. Masalah juga menjadikan kita lemah sehingga kita terlupa sasaran. Itulah pentingnya checklist tahun baru. Apabila tergelincir, buka semula catatan checklist tahun baru supaya kita tidak terlupa daripada mencapai sarasaran tersebut.

3. Semakan Hujung Tahun

Apabila mencecah hujung tahun, semak semula checklist tahun baru dahulu. Adakah ianya tercapai, hampir tercapai atau tidak tercapai langsung? Daripada situ, kita dapat menilai di mana silapnya. Apa yang kurang dalam tindakan kita untuk mencapai checklist tahun baru tersebut dan fikirkan jalan seterusnya untuk mencapai sasaran pada tahun berikutnya.

4. Satu Kebanggaan

Mengapa admin berkata begitu? Apabila sasaran awal tahun berjaya diselesaikan pada hujung tahun, itu membuktikan kita seorang yang hebat! sudah tentu ianya satu kebanggaan kerana kita berjaya menyelesaikan checklist tahun baru dengan jayanya pada hujung tahun. Tidak salah jika kita kongsikan kepada orang lain resipi kejayaan kita. Lebih banyak kita memberi lebih banyak kita menerima.

Mesti Baca: Cara Menggunakan Contact Lens Dengan Betul

Itulah setakat ini untuk catatan pertama Tahun Baru 2019.

Semoga tulisan ini memberi manfaat kepada semua.

Ingat! jangan lari daripada masalah. Hadaplah masalah tersebut dengan tenang, dalam masa yang sama berserah kepada Tuhan.

Jangan bimbang jika semua orang lari daripada kita kerana Allah sentiasa bersama kita dalam susah dan senang.

Leave a Reply

error: Content is protected !!