Coca-Cola Buka Kilang Pertama Di Palestin

Minuman ringan popular, Coca-Cola membuka kilang pertamanya di Genting Gaza, Palestin seterusnya memberikan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus penduduk Palestin di Gaza yang berdepan dengan sekatan Israel.

Kilang tersebut telah beroperasi beberapa bulan lalu tetapi diberi liputan meluas dan beroperasi secara penuh sebaik sahaja upacara perasmiannya kelmarin.

Coca-Cola melaburkan kira-kira AS$20 juta (RM89.4 juta) untuk membuka kilang di Palestin. Setakat ini mereka mempunyai seramai 120 pekerja dan akan ditambah kepada 270 pekerja pada masa hadapan bergantung kepada situasi di sana.

Coca-Cola

Untuk makluman, Genting Gaza diperintah oleh pergerakan Hamas dan telah melalui tiga peperangan dengan Israel antara tahun 2008 hingga 2014.

Baca Juga: Rohingya: Aung San Suu Kyi Tengok Je?

Pembukaan kilang Coca-Cola di Tebing Gaza dilihat satu titik penting ke arah memajukan ekonomi di wilayah tersebut yang mendapat sekatan ekonomi daripada Israel.

Tahniah Coca-Cola kerana berani membuka kilang di sana. Risikonya amat tinggi membuka perniagaan dalam kawasan yang diancam peperangan.

Kita berharap langkah syarikat minuman gergasi ini akan membuka hati syarikat lain untuk turut melabur di sana dan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa sekatan ekonomi Israel

Leave a Reply

error: Content is protected !!