Menu

Cristiano Ronaldo (CR7) Rangkul Ballon d’Or Kali Keempat

Cristiano Ronaldo (CR7) memenangi anugerah berprestij Ballon d’Or buat kali keempat selepas menewaskan pencabarnya utamanya, Lionel Messi.

Ketua pasukan Portugal itu dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 hari ini atas kejayaan membantu negaranya muncul juara Eropah dalam kejohanan EURO 2016 selain membawa Real Madrid merangkul gelaran Liga Juara-Juara buat kali ke-11.

Tentu ramai yang masih ingat ketika Cristiano Ronaldo menangis akibat kecederaan dan tidak dapat meneruskan aksi perlawanan akhir EURO 2016 menentang Perancis.

Namun, video kesungguhan dan sokongan padu daripada luar padang ketika itu menjad viral. Beliau lebih lantang daripada jurulatih Portugal sendiri.

“Bagi saya ia adalah penghormatan yang besar menerima Ballon d’Or buat kali keempat. Emosinya adalah seperti mana saya rasakan ketika memperoleh kali pertama ia adalah mimpi jadi kenyataan sekali lagi.

“Saya tak pernah terfikir di fikiran, saya akan menang Ballon d’Or buat kali keempat. Saya berbesar hati dan sangat gembira.

“Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan, pasukan kebangsaan, Real Madrid, semua orang, pemain yang banyak membantu saya memenangi trofi individu ini,” kata Cristiano Ronaldo (CR7).

Kemenangan kali keempat Cristiano Ronaldo dalam Ballon d’Or 2016 ini menjadikan perbezaan satu anugerah Ballon d’Or di belakang Messi yang berada di tempat kedua dengan penyerang Perancis, Antoine Griezmann di tempat ketiga.

Cristiano Ronaldo (CR7)

Tahniah Cristiano Ronaldo (CR7)!

Admin adalah peminat setia beliau. Walaupun pasukan Portugal ketika EURO 2016 layu tetapi semangat Cristiano Ronaldo (CR7) yang memacu pasukan negaranya muncul juara EURO 2016.

Anugerah Ballon d’Or 2016 ini memang layak menjadi milik beliau atas pencapaian sepanjang 2016.

Baca Juga: BR1M 2017: Cara Kemaskini Permohonan

Leave a Reply

error: Content is protected !!