Menu

Cristiano Ronaldo Pemain Terbaik La Liga 2015-2016

Cristiano Ronaldo yang juga sinonim digelar CR7 muncul pemain terbaik La Liga musim 2015-2016 mengatasi “musuh ketat” Lionel Messi dengan memenangi anugerah Marca Alfredo di Stefano.

CR7 membawa pulang trofi tersebut pada hari sama dia menandatangani kontrak baru lima tahun dengan gaji 365,000 pound seminggu (RM1.91 juta) untuk kekal bersama Real Madrid.

Ronaldo menjaringkan 35 gol dan memberi 11 bantuan gol untuk Real Madrid dalam Liga Sepanyol musim lalu, yang turut menyaksikan pasukannya menamatkan persaingan di kedudukan kedua di belakang Barcelona.

Penyerang tersebut turut meledakkan 16 gol dalam kempen Liga Juara-juara sewaktu membantu pasukannya menjulang trofi pertandingan tersebut untuk kali ketiga dalam kariernya dan yang kedua bersama Real Madrid, sebelum dia mengetuai Portugal melakar kejayaan menjuarai Euro 2016 di Perancis musim panas lalu.

Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo berazam untuk membawa pasukan Real Madrid ke puncak La Liga untuk muncul juara Liga Sepanyol daripada seteru utama Barcelona bagi musim 2016-2017 ini.

Real Madrid kini berada di kedudukan teratas carta liga dengan 27 mata daripada 11 perlawanan. Setakat ini, Real masih belum tewas dan memiliki kelebihan dua mata di hadapan Barcelona.

Baca Juga: Siapa Presiden Amerika Ke-45? Clinton Atau Trump?

Rakan sepasukan Cristiano Ronaldo dalam Real Madrid, Alvaro Morata turut menerima penghormatan oleh Marca Alfredo di Stefano. Dia dinamakan sebagai pemain terbaik untuk skuad kebangsaan Sepanyol bagi tahun 2015/16.

Sementara itu, Luis Suarez merupakan satu-satunya pemain yang berjaya mengatasi CR7 dalam La Liga bagi musim 2015/16 dan dianugerahkan trofi Pichichi berikutan kejayaannya meledakkan 40 gol, yang turut membantu Barcelona muncul juara Liga Sepanyol – Sumber Utusan Online (09/11/2016)

Tahniah Cristiano Ronaldo muncul pemain terbaik liga Sepanyol musim lalu. Tiada siapa dapat menafikan kehebatan beliau dalam bola sepak antarabangsa. Kemuncak karier CR7 apabila mengetuai Portugal menjuarai Piala Dunia di Brazil tahun ini.

Pada masa sekarang agak sukar buat pemain lain untuk mencabar Cristiano Ronaldo selain Lionel Messi. Dua pemain ini mendominasi anugerah pemain terbaik dunia setiap tahun secara bergilir-gilir.

Apa pun tahniah CR7!

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!