Cristiano Ronaldo Tinggalkan Real Madrid, Juventus Jadi Pilihan

Cristiano Ronaldo tinggalkan Real Madrid? itu di antara persoalan hangat di kalangan peminat bola sepak terutama penyokong pasukan Real Madrid.

Selepas puas menikmati pelbagai kejayaan bersama-sama pasukan ternama dunia seperti Manchester United dan Real Madrid serta bergelumang dengan aksi mendebarkan di liga utama dunia seperti La Liga (Sepanyol) dan Liga Perdana Inggeris (England), Cristiano Ronaldo yang sinonim dengan gelaran CR7 memilih berkelana ke liga Itali, Serie A pula.

CR7 membuat keputusan muktamad tersebut selepas pasukan negaranya tersingkir di peringkat kalah mati 16 pasukan Piala Dunia 2018.

Sebelum ini memang ada ura-ura yang Cristiano Ronaldo akan berhijrah daripada Real Madrid selepas dakwaan beberapa tuntutan beliau tidak dipenuhi kelab akhirnya menjadi kenyataan.

Cristiano Ronaldo Tinggalkan Real Madrid, Juventus Jadi Pilihan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan sah menyertai Juventus musim depan selepas Real Madrid bersetuju melepaskannya dari kelab gergasi Sepanyol itu.

Real dikatakan bersedia menerima harga perpindahan £88 juta (RM468.9 juta) daripada Juventus ke atas Ronaldo.

Dalam satu kenyataan, kelab tersebut mengakui telah memberi kebenaran kepada Ronaldo meninggalkan mereka.

Cristiano Ronaldo Tinggalkan Real MadridMesti Baca: Gear Auto Susah Masuk. Itu Tanda Gearbox Rosak!

Mesti Baca: Anak Dijangkiti Selsema. Apa Nak Buat?

“Hari ini, Real Madrid ingin melahirkan penghargaan kepada seorang pemain terbaik di dunia dan telah mencatat namanya sebagai antara bintang hebat dalam sejarah kelab kami dan juga dunia bola sepak.

“Selain pelbagai gelaran, trofi dan kejayaan yang dicapai ketika sembilan tahun bersama kami, Cristiano Ronaldo telah menjadi satu contoh tentang makna sebenar dedikasi, kerja keras, tanggungjawab, bakat dan pencapaian hebat,” kata kenyataan Real.

Ronaldo telah meninggalkan satu legasi di Real Madrid dengan pelbagai rekod dan trofi yang dimenanginya.

Sepanjang sembilan tahun bersama Real, dia berjaya menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam kelab tersebut dengan 450 gol dan memenangi dua gelaran La Liga serta empat trofi Liga Juara-Juara. – Sumber

Peminat Real Madrid tentu kecewa dengan perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus musim depan tetapi beliau sudah buat yang terbaik bersama Real Madrid dengan pelbagai rekod jaringan dan kejuaraan.

Dan….. tidak mustahil segelintir peminat Real Madrid akan beralih sokongan kepada Juventus kerana faktor Cristiano Ronaldo!

Pastinya Liga Seria A Itali menjadi tumpuan selapas ini.

Leave a Reply

error: Content is protected !!