Menu

CUEPACS Mohon Bonus 2 Bulan Gaji

CUEPACS Mohon Bonus 2 Bulan Gaji. Itu di antara permintaan yang konsisten diminta oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi tahun 2016 kerana kakitangan awam berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan juga sebagai persediaan memasuki persekolahan sesi 2017.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata walaupun kerajaan telah menyesaikan beberapa tuntutan yang diminta seperti semakan skim perjawatan dan semakan gaji tetapi CUEPACS berharap permohonan bonus 2 bulan gaji tetap diberi perhatian oleh Perdana Menteri sebagai menghargai sumbangan kakitangan awam dan dorongan untuk mereka meningkatkan prestasi kerja ke tahap terbaik.

CUEPACS Mohon Bonus 2 Bulan Gaji

Kredit Gambar: http://www.sinarharian.com.my/

CUEPACS berkata jutaan kakitangan awam menantikan berita gembira bonus 2 bulan gaji untuk tahun 2016 akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat. Dengan kos sara hidup yang tinggi dan juga sebagai persediaan perbelanjaan memasuki sekolah bagi sesi 2017, diharapkan bonus 2 bulan gaji ini akan membantu persiapan kakitangan awam kelak.

CUEPACS Mohon Bonus 2 Bulan Gaji. Apa Kata Blog Carian Semasa?

Walau apa pun permintaan CUEPACS, orang awam mengharapkan kakitangan kerajaan akan memberi khidmat yang terbaik sesuai dengan status mereka sebagai kaki dan tangan kerajaan dalam urusan seharian rakyat.

Kakitangan kerajaan sering dipandang sebagai golongan pekerja yang suka melepak, minum pagi dan petang tak kira masa, kerja lembab dan sebagainya. Oleh itu, mereka hendaklah mengikis tanggapan buruk ini supaya imej kakitangan awam dipandang tinggi rakyat.

Kakitangan awam seharusnya bersyukur kerana walaupun suasana ekonomi tidak menentu atau merudum, mereka tetap dibayar gaji dan tak diberhentikan kerja sesuka hati. Ini berbeza dengan kakitangan swasta yang diberhentikan kerja, skim pemberhentian sukarela (VSS) dan sebagainya apabila majikan tak mampu mendepani cabaran ekonomi.

Jika permintaan CUEPACS memohon bonus 2 bulan gaji mendapat perhatian dan menjadi kenyataan, kita berharap kakitangan kerajaan menggunakan wang tersebut dengan sebaik  mungkin. Selesaikan hutang , buat tabungan atau pelaburan untuk masa depan. Jangan terjebak dengan Skim Cepat Kaya atau apa-apa pelaburan tak sah.

Leave a Reply

error: Content is protected !!