Cuti Awal Muharam 2017 Tukar Daripada 21 ke 22 September

Bagi mereka yang tak tahu cuti Awal Muharam 2017 telah ditukar daripada 21 kepada 22 September 2017. Ianya berpunca daripada ralat teknikal yang disahkan dan disemak oleh Panel Falak Jakim yang meneliti semula data bulan Zulhijjah.

Admin sendiri pun baru tersedar, itu pun selepas dimaklumkan rakan. Cuti panjang lagi nampaknya hujung bulan ini. Sesak lagi lebuh raya nanti 🙂

Semak kalendar 21 September 2017 jatuh pada hari Khamis dan apabila ditukar kepada 22 September maknanya kita akan bercuti panjang selama 3 hari kerana cuti Awal Muharam 2017 telah ditukar.

Mesti Baca: Wang Tak Dituntut: Pernah Buka Banyak Akaun Bank Wajib Baca

Cuti Awal Muharam 2017

Baru tadi admin terbaca NGO dan majikan mengeluh kerana Malaysia terlalu banyak cuti umum dan mengurangkan produktiviti. Tetapi, apa boleh buat betul tak? Hidup dalam negara berbilang bangsa dan agama di Malaysia memanh banyak cuti umum dan perayaan.

Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ada dua kegemaran rakyat Malaysia iaitu makan dan cuti umum. Ada betul juga 🙂

Cuti Awal Muharam 2017 Tukar Daripada 21 ke 22 September

PUTRAJAYA 19 Jan.- Tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) bagi tahun ini diubah dari Khamis 21 September kepada Jumaat 22 September.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata, perubahan itu ekoran ralat teknikal yang disahkan dan disemak oleh Panel Falak Jakim yang meneliti semula data bulan Zulhijjah.

“Adalah dimaklumkan perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar adalah dari 21 September kepada 22 September 2017,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Sumber

Seronok sangat dapat cuti panjang yang berturut-turut betul tak?

Terutama bagi perantau, inilah masanya nak balik kampung.

Dan pastinya lebuh raya akan sesak macam biasa.

Bukan hari-hari sesak betul tak?

Cuma, tak dinafikan cuti panjang yang berturut-turut akan menjejaskan produktiviti dan emosi pekerja.

Apapun, admin cuma nak ingatkan saja cuti Awal Muharam 2017 dah tukar ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!