Menu

Cuti Sekolah Sempena Deepavali Tambah Tiga Hari

Berita gembira buat pelajar sekolah apabila cuti sekolah sempena Deepavali bagi sesi persekolahan 2016 mendapat tambahan tiga hari melalui surat Kementerian Pendidikan Malaysia bilangan 19 tahun 2015.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia di laman web mereka cuti sekolah sempena Deepavali tersebut telah diselaraskan membabitkan perayaan Hari Raya Aidilifitri dan Tahun Baru Cina bagi sesi persekolahan 2016.

Cuti Sekolah Sempena Deepavali

Cuti Sekolah Sempena Deepavali Tambah Tiga Hari

Cuti sekolah bagi perayaan Deepavali sudah ditetapkan iaitu bermula pada 29 Oktober sehingga 1 November 2016 bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Manakala cuti perayaan bagi sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya, bermula pada 28 Oktober Sehingga 1 November 2016.

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan semua sekolah hendaklah mematuhi cuti perayaan yang diperuntukkan dan cuti sekolah sempena Deepavali yang mendapat tambahan tiga hari berkenaan tidak perlu diganti. Sumber

Cuti Sekolah Sempena Deepavali Tambah Tiga Hari

Cuti sekolah memang ditunggu-tunggu pelajar sekolah kerana inilah masanya untuk mereka melupakan timbunan kerja sekolah, bangun awal pagi dan terikat dengan jadual persekolahn yang ketat.

Cuti sekolah sempena Deepavali yang mendapat tambahan sebanyak tiga hari hendaklah digunakan sebaik mungkin dengan perkara berfaedah seperti pulang ke kampung halaman berjumpa atuk dan nenek, bercuti ke tempat menarik atau membantu ibu bapa membuat kerja rumah.

Elakkan terjebak dengan perkara tidak berfaedah dan jangan terlalu asyik bermain internet. Luangkan masa  cuti sekolah dengan beriadah bersama rakan-rakan.

Ibu bapa hendaklah memantau aktiviti anak mereka semasa cuti sekolah supaya tidak melibatkan diri dengan perkara yang sia-sia.

Baca Juga: Rakyat Malaysia Ketagih Internet?

Leave a Reply

error: Content is protected !!