Dividen KWSP 2016 Pada Kadar 5.7 Peratus

Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, dividen KWSP 2016 diberikan pada kadar 5.7 peratus berbanding dividen KWSP 2015 sebanyak 6.4 peratus.

 dividen KWSP 2016

Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Samsudin Osman berkata, KWSP gembira kerana berjaya mengatasi dua sasaran pelaburan KWSP secara konsisten iaitu:

  • Mengisytiharkan kadar dividen nominal sekurang-kurangnya 2.5 peratus setiap tahun
  • Kadar dividen sebenar melebihi inflasi sekurang-kurangnya 2.0 peratus bagi purata bergerak tiga tahun

“Sebagai sebuah dana simpanan persaraan, KWSP sentiasa memberi penekanan terhadap pulangan yang mampan untuk jangka panjang berbanding pulangan jangka pendek.

Mesti Baca: KWSP: Pengeluaran Kekal 55 Tahun, Akaun Emas Pengeluaran 60 Tahun

“Ini merupakan satu pencapaian yang baik walaupun berhadapan dengan keadaan pasaran yang sukar. Bagi 2016, dividen sebenar untuk purata tiga tahun bergerak adalah 3.83 peratus, 183 mata asas melebihi sasaran,” katanya – Sumber

Jumlah dividen KWSP 2016 dilihat menurun berbanding tahun lepas sebanyak 0.7 peratus.

Bukan KWSP saja, Tabung Haji dan ASB pun memberi dividen yang kurang berbanding tahun sebelumnya.

Memang suasana ekonomi tak menentu ketika ini walaupun kerajaan sentiasa mencanangkan ekonomi negara kukuh 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!