Donald Trump Presiden Amerika. Palestin Bahaya?

Setakat ini sudah sah Donald Trump presiden Amerika Syarikat dengan mengalahkan Hillary Clinton dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Ke-45 yang dilihat sangat sengit dengan peratus perbezaan kemenangan sangat tipis.

Kemenangan ini disambut gembira penyokong kuat Donald Trump tetapi timbul khabar angin di Amerika sekarang rakyat yang kecewa dengan kemenangan Trump mahu keluar daripada negara tersebut dan menetap di Kanada kerana tidak gembira dengan dasar Trump yang dilihat keras.

Donald Trump Presiden Amerika. Palestin Bahaya?

Bagi umat islam pula kemenangan Donald Trump  sebagai presiden Amerika yang baru dilihat suatu ancaman kepada kewujudan negara Palestin yang berdaulat.

Mengapa Palestin dalam bahaya?

Menurut Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett impian rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara merdeka sudah boleh dilupakan dengan kemenangan calon Parti Repulikan iaitu Donald Trump.

Ini adalah kerana Donald Trump pernah berjanji dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel tanpa dikongsi dengan sesiapapun sekiranya beliau dipilih Presiden Amerika yang baru.

 

Donald Trump Presiden Amerika

Donald Trump menyedari bahawa Jerusalem (Baitulmaqdis) telah menjadi ibu kota kepada orang Yahudi lebih daripada 3,000 tahun. Jika Trump berkuasa beliau akan menerima mandat kongres yang selama ini tertangguh untuk menerima dan mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota yang tidak terbahagi dalam wilayah Israel.

Sebelum ini sama ada daripada parti Demokratik mahupun Republikan TIADA yang mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota yang tidak terbahagi dalam wilayah Israel kerana menganggap ianya di luar cabang eksekutif tentang polisi asing.

Janji – Janji Donald Trump Kepada Israel Jika Dipilih Presiden Amerika Ke-45

  • Amerika Syarikat akan membekalkan Israel dengan ‘strategi luar biasa, kerjasama teknologi dan tentera
  • Mengakui Israel sebagai rakan kerjasama yang penting bagi AS dalam peperangan menentang keganasan
  • Berbincang mengenai urus janji nuklear bersama Iran, kempen menentang Daish dan isu-isu keselamatan serantau
  • Berbincang mengenai tembok keselamatan yang dahulunya memisahkan Israel dari Tebing Barat

Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett menganggap era kewujudan negara Palestin sudah berakhir dengan kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Isu Palestin-Israel adalah isu yang sangat sensitif terutama bagi umat islam kerana di sana terletaknya Masjid Al-Aqsa iaitu kiblat pertama umat islam.

Rakyat Palestin melihat Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka di masa depan, manakala Israel menganggapnya sebagai ibu negara mereka.

Donald Trump Presiden Amerika yang baru pernah berjanji kepada Israel untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ubu negara Israel.

Inilah yang membimbangkan umat islam seluruh dunia dan kita berharap Trump lebih sensitif dalam isu ini kerana kebangkitan umat islam seluruh dunia tidak boleh dipandang rendah jika kesucian Masjid Al-Aqsa dicerobohi.

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!