Menu

Duta Korea Utara Persona Non Grata, Diarah Tinggalkan Malaysia

Kerajaan Malaysia mengisytiharkan Duta Korea Utara Persona Non Grata dan diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan negara ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Dalam kenyataan di sini malam ini, beliau berkata duta itu diminta datang ke Kementerian Luar pada 6 petang ini untuk satu pertemuan bersama para pegawai kementerian tetapi beliau gagal hadir.

Mesti Baca: Putuskan Hubungan Dengan Korea Utara Antara Pilihan Terakhir Malaysia

Kementerian itu, menerusi nota diplomatik yang dihantar ke kedutaan itu petang ini, memaklumkan kepada kerajaan Korea Utara bahawa Kang Chol telah diisytiharkan sebagai persona non grata oleh kerajaan Malaysia.

Duta Korea Utara Persona Non Grata, Diarah Tinggalkan Malaysia

Duta Korea Utara Persona Non Grata

“Beliau diminta meninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam dari waktu yang dijadualkan untuk pertemuan itu, iaitu 6 petang, 4 Mac, 2017,” katanya.

Anifah berkata perlu dijelaskan bahawa Malaysia akan bertindak tegas terhadap sebarang penghinaan yang dibuat ke atas negara ini atau sebarang cubaan untuk mencemarkan nama baiknya – Sumber

Malaysia di antara negara yang mempunyai hubungan baik dengan Korea Utara sebelum ini sedangkan banyak negara memencilkan mereka.

Tapi sejak hubungan Malaysia-Korea Utara tegang susulan kes bunuh King Jong-nam, akhirnya hubungan baik itu terlerai juga. Duta Korea Utara Persona Non Grata atau orang tidak dikehendaki menjadikan hubungan diplomatik berakhir.

Apapun, Malaysia mesti tegas dan tidak tunduk kepada negara luar yang mempermainkan kedaulatan undang-undang negara.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!