Emak Lupa Kejut Sahur Alasan Beli Nasi Tengahari Buta

Kelakar pula admin terbaca kisah orang tak nak puasa ni. Kalau tak nak puasa memang macam-macam alasan dibuat. Sakit perut, gastrik, tak makan sahur, tak sempat hisap rokok dan macam-macam lagilah. Paling menggelikan perut admin alasan emak lupa kejut sahur. Hahahahahaha……

Kalau nak jumpa makwe tak payah pula minta mak kejutkan. Pandai pula nak bangun sendiri betul tak? Macam-macam kau ni labu…..

Emak Lupa Kejut Sahur Alasan Beli Nasi Tengahari Buta…..

Kuala Lumpur: Alasan tidak masuk akal antaranya ‘emak lupa kejut sahur’, ‘doktor larang berpuasa’ dan ‘beli untuk kawan’ antara tiga jawapan popular diberikan segelintir individu yang dikesan tidak berpuasa serta membeli juadah secara terbuka sekitar ibu kota.

Golongan ini yang dulunya mendapat jolokan ‘geng plastik hitam’ menjadikan premis di tepi jalan sekitar Medan Selera Jalan Rotan dan Taman Keramat AU3 sebagai lokasi untuk membeli juadah seawal jam 11 pagi.

Emak Lupa Kejut Sahur Alasan Beli Nasi Tengahari Buta.....

Lebih mengejutkan apabila peniaga yang sepatutnya tidak menjual makanan dan minuman kepada pelanggan beragama Islam dilihat bersikap ‘tutup mata’ serta bersubahat dengan kaki ponteng puasa ini.

Penggunaan plastik hitam yang dikaitkan dengan taktik membeli juadah untuk ‘kaki ponteng’ puasa turut berubah warna apabila peniaga menggunakan plastik berwarna merah jambu dan kuning.

Mesti Baca: Hari Raya Dah Dekat, Cik Salmah Tak Buat Kuih?

Tinjauan wartawan Harian Metro bermula jam 11 pagi semalam mendapati beberapa kedai makan di dua lokasi berkenaan menjadi lubuk membeli juadah tengah hari.

Sepanjang tempoh tiga jam pemantauan, terdapat kira-kira 100 individu yang kebanyakannya lelaki muncul membeli nasi bungkus di kawasan itu – Sumber

Geng plastik hitam memang cekap kalau bab mencari alasan tak nak puasa ni.

Emak lupa kejut sahur pun boleh jadi alasan sedangkan kau boleh kunci jam sendiri betul tak?

Memang pihak berkuasa patut ambil tindakan tegas terhadap peniaga yang buka kedai menjual makanan tengahari buta.

Mereka juga menjadi faktor geng plastik hitam ni ligat. Mereka pun tak larat nak telan maggi hari-hari.

Peniaga yang bersubahat menjual pun rezeki tak berkat, duit sekejap saja abis percayalah.

Leave a Reply

error: Content is protected !!