Kalah Bola, Emas Sukan SEA 2017 Lebih Sasaran, Ada Harapan Lagi Cuti Umum!

Kalah Bola Tapi Emas Sukan SEA 2017 Dah Lebih Sasaran. Admin percaya ramai yang kecewa malam ini apabila Malaysia tumpas di tangan Thailand dalam aksi perlawanan akhir “ibu segala emas” Sukan SEA 2017.

Lebih memeritkan kekalahan tersebut disumbangkan oleh penjaga gawang Malaysia yang menumbuk masuk bola ke dalam gol sendiri.

UPDATE: Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan cuti umum Sukan SEA 2017 pada hari Isnin (04/09/2017) ketika majlis penutupan Sukan SEA. 

Terima Kasih Perdana Menteri! Selamat bercuti semua 🙂

Kalah Bola Tapi Emas Sukan SEA 2017 Dah Lebih Sasaran

Gambar: malaysiakini.com

Marah tapi benda dah jadi tapi lagi marah apabila tak dapat cuti umum! Hehehehehe……

Majoriti rakyat Malaysia mengharapkan Perdana Menteri akan mengumumkan cuti umum hari Rabu jika menang pingat emas bola sepak tadi tapi dah kalah jangan minta-minta nanti dapat penampar….

Emas Sukan SEA 2017 Dah Lebih Sasaran, Ada Harapan Lagi Cuti Umum..

Ini saja harapan yang tinggal, pungutan pingat emas di Sukan SEA 2017 adalah yang terbanyak dalam sejarah penglibatan Malaysia dalam sukan peringkat Asia Tenggara ini.

Setakat artikel ini ditulis, Malaysia telah memungut 140 pingat emas melebihi sasaran yang ditetapkan sebanyak 111.

Jadi, kita masih ada harapan untuk mendapat cuti umum jika Perdana Menteri melihat aspek pencapaian luar biasa atlit Malaysia dalam Sukan SEA 2017 ini.

Hahahaha……

Nak cuti juga ya??

Tak kira walau apa alasan, kalah bola bukan alasan janji dapat cuti umum betul tak?

Betul kata Perdana Menteri, orang Malaysia suka dua perkara iaitu makan dan cuti umum.

Jika harapan mendapat cuti umum menjadi nyata, mungkin Isnin (04/09/2017) minggu hadapan.

Kecewa Kalah Bola, Tetapi… Penyokong Memang Tabik Spring!

Kerja tetap kena kerja marah macam mana pun.. Nak ambil MC? Suka hatilah..

Apapun, admin tetap tabik hormat kepada penyokong yang memenuhi stadium Shah ALam semata-mata mahu memberi sokongan kepada pemain.

Bergaduh sudah, beratur sudah nak beli tiket.. tetapi tanpa anda siapalah pemain Malaysia betul tak?

Mesti Baca: Pakai Kanta Lekap? Beringat Sebelum Terlambat!

Masa inilah kita nak lihat rakyat Malaysia bersatu tak mengira kaum, pangkat, pegangan politik dan sebagainya.

Pendek kata, kalau esok Pilihan Raya Umum kerajaan boleh menang besar kerana sentimen kebangsaan dan kenegaraan tengah kuat masa ini 🙂

Sekali lagi, tabik semua penyokong yang datang stadium… Anda semua memang “awesome” walaupun dalam hujan lebat tadi.

Admin seperti rakyat Malaysia yang lain mengucapkan tahniah kepada semua atlit Malaysia tak kira apa kilauan pingat yang anda dapat.

Juga kepada penyokong yang datang ke setiap acara dipertandingkan, anda semua “power:..

Akhir sekali, kepada Perdana Menteri, jangan lupa isytihar cuti umum sebab emas Sukan SEA 2017 dah melebihi sasaran 🙂

UPDATE: Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan cuti umum Sukan SEA 2017 pada hari Isnin (04/09/2017) ketika majlis penutupan Sukan SEA.

Terima Kasih Perdana Menteri! Selamat bercuti semua 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!