Empat Tanda Suami Curang. Kajian Kata Suami Curang IQ Rendah

Suami curang dah biasa kita dengar betul tak? Mengapa suami curang? Isteri tak pandai jaga atau terlebih jaga boleh jadi juga suami bosan. Untuk isteri, perhatikan empat simptom atau tanda suami curang yang admin sempat petik daripada Sinar Harian Onlien hari ini.

Empat Simptom Atau Tanda Suami Curang

Jika anda sebagai isteri melihat suami menunjukkan perubahan yang ketara atau macam buang tebiat mungkin dia ada masalah peribadi atau boleh jadi juga si dia sedang berlaku curang. Cuba perhatikan jika suami anda:

1. Pegang Telefon Setiap Masa 

Ini boleh jadi tanda suami curang.  Jika sebelum ini suami jarang pegang telefon tapi sejak akhir-akhir ni ke mana saja dia pergi telefon mesti di tangan. Mungkin ada yang tak kena di situ.

2. Suami Asyik Overtime Tapi Duit Tak Ada Juga

Suami sentiasa mengatakan sibuk buat ‘overtime’ di tempat kerja tetapi gaji tak naik pun, bila hujung bulan mengadu tiada duit. “Overtime” ke lain dah tu….

Tanda Suami Curang

3. Kata Pergi Lepak Dengan Kawan Tapi Pakai Macam Nak Jumpa Awek

Ini pun satu tanda suami curang .Apabila suami mendakwa dia keluar malam pergi main futsal atau lepak dengan kawan-kawan tapi pakai lawa-lawa dan tidak berpeluh pun semasa balik. Orang main futsal mesti busuk bau peluh tapi wangi semacam je….

Mesti Baca: Lebih 100 Pasangan Bercerai Setiap Hari 2016

4. Suami Dah Pandai Guna Kad Kredit Diam-Diam

Tiba-tiba muncul bil kad kredit  di rumah dan jumlahnya agak banyak sedangkan si isteri tidak pernah mendapat barangan baru daripada suami menunjukkan bahawa kes ini sudah ke tahap serius.

Buat apa kad kredit, bil tinggi tapi barang pun tak nampak. Mungkin ada sesuatu dan kepada siapa duit dibelanjakan……

Menurut Kajian, Suami Curang IQ Rendah………

Admin ada terjumpa keratan akhbar yang mengatakan suami curang memiliki IQ rendah. Patutlah IQ admin tinggi sebab admin tak curang. Baca je keratan akhbar di bawah.

Tanda Suami Curang

Boleh baca tak? Admin ringkaskan saja. Menurut kajian lelaki yang memiliki IQ rendah susah mengawal nafsu dan akhirnya terjerumus kepada perkara yang tak baik contohnya berlaku curang.

Betul atau tidak fikirlah sendiri.

Ada isteri yang perasan tanda suami curang di atas?

Kalau ada, cepatlah bertindak sebelum putih mata.

Isteri pun satu hal, kadang-kadang suami tak akan curang macam tu je.

Isteri pun tak pandai jaga hati suami, kena tengok salah sendiri juga.

Tapi….. admin tak ada satu pun tanda di atas buat masa ni, tinggi IQ admin 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!