Facebook Dating Agensi Mencari Jodoh Online

Facebook Dating” Agensi Mencari Jodoh Online. Bermacam-macam cara untuk mencari pasangan hidup. Jika anda lahir dalam tahun 80an, tentu anda sempat melihat di antara cara mencari pasangan atau jodoh adalah melalui majalah.

Dalam era buku dan majalah, sebelum kewujudan media sosial, ianya sangat popular. Kebiasaannya, ruangan mencari jodoh atau pasangan terletak di muka belakang majalah. Pencari jodoh tersebut akan meletakkan gambar dan biodata masing-masing.

Ketika itu, surat menjadi penghubung sebelum wujudnya telefon bimbit yang semua orang tak mampu miliki pada awal kemunculannya. Telefon bimbit dianggap barang mahal dan barang orang kaya!

Mesti Baca: Awas! Momo Challenge Galak Kanak-Kanak Bunuh Diri

Begitulah orang “dulu-dulu” mencari pasangan hidup. Beruntung mereka yang lahir dalam era kepesatan teknologi maklumat, lahirnya media sosial seperti chatting, Yahoo Messengger, MySpace, Tagged dan Friendster mengambil alih tempat sebagai agensi mencari jodoh tetapi apa yang admin senaraikan di atas semuanya telah MATI kerana tidak mampu bersaing dengan Facebook yang masih baru. Begitu dahsyat penangan Facebook sehingga mematikan semua pesaing mereka begitu sahaja.

Sekarang, FACEBOOK dilihat begitu gah sebagai media sosial UTAMA sebagai alat perhubungan serta hub perniagaan online.

“Facebook Dating” Agensi Mencari Jodoh Online

Facebook secara rasminya telah melancarkan “Facebook Dating” dengan memilih negara Colombia sebagai negara pertama yang mendapat akses perkhidmatan terbabit kerana rakyatnya merupakan pengguna tegar media sosial dan laman web untuk mencari pasangan hidup.

Facebook Dating

Di antara ciri-ciri Facebook Dating adalah:

  • Membolehkan pengguna untuk mencipta profil ‘temu janji’ yang berbeza dan tidak boleh dilihat oleh rakan-rakan
  • Para pengguna juga akan menerima cadangan pasangan berdasarkan pilihan yang ditetapkan dan minat yang sama

Ciri-ciri ini sebagai peluang yang hebat bagi terus membantu orang ramai membina hubungan dengan cara lebih bermakna dalam Facebook dan seterusnya membolehkan mereka bertemu pasangan hidup yang sesuai melalui Facebook Dating – Sumber

Memang tidak dapat dinafikan, Facebook sangat berpengaruh. Seorang individu sekurang-kurangnya pasti memiliki satu akaun Facebook kecuali orang-orang tua di kampung.

Kelahiran Facebook Dating mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah sesetengah orang yang susah mendapat pasangan.

Apa pun, jangan salah gunakan Facebook Dating ke arah yang tidak baik pula, jangan mempermainkan perasaan orang dan JANGAN gunakannya untuk “sedap” sahaja. Anda faham kan?

Mesti Baca: Senarai Hotel Murah Di Cameron Highlands

Leave a Reply

error: Content is protected !!