Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng Di Pawagam 24 November 2016

Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng akan menerjah panggung wayang berhampiran anda pada 24 November 2016 nanti dalam bentuk “live-action“. Jom bawa anak-anak menonton gelagat kembar popular ini.

Sebelum ini Upin Ipin pernah difilemkan dalam bentuk “live-action” tapi gagal mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Namun, Les’ Copaque Productions yang menerbitkan animasi Upin Ipin tidak mahu menjadikan alasan kegagalan filem Upin Ipin yang lalu untuk tidak menghasilkan filem baru Upin Ipin dalam bentuk “live-avction” kali ini.

Baca Juga: Rock Bro Kutip 1.5 Juta Dalam 5 Hari

Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi, berkata idea untuk menghasilkan filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng dalam bentuk “live-action” timbul sejak tahun 2013 lagi oleh pengarah filem ini iaitu Ainon Ariff yang juga isteri kepada Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi.

Filem ini mula dihasilkan pada Oktober 2014 dan mengambil masa kira-kira sebulan untuk disiapkan walaupun terdapat sedikit masalah pada awal penghasilan sehingga naskah awal filem ini terpaksa dibuang. Menariknya Erma Fatima turut terlibat dalam karya terbaru Upin Ipin ini.

Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng Masuk Pasaran Indonesia

Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Jenama Upin Ipin yang sudah kukuh membuatkan Les’ Copaque bercadang memasarkan filem ini di Indoesia juga kerana watak kembar ini sudah dikenali oleh penduduk di negara jiran tersebut.

Malah, ada pertanyaan dan tempahan untuk memasarkan filem Upin Ipin ini ke negara Asia Barat juga bagaimanapun semua ini masih lagi dalam proses perbincangan.

Sinopsis Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin.

Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut.

Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin.

Di antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem ini selain watak Upin dan Ipin seperti Puteri Balqis, Awie, Sarah Ali, Gambit dan Remy Ishak.

Rasanya semua kenal watak Upin Ipin. Watak animasi ini cukup popular dan sangat diminati kanak-kanak kerana gelagat mereka bersama rakan-rakan sangat menghiburkan.

Jom tonton Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng pada 24 November 2016 nanti. Kalau bukan kita yang sokong filem tempatan siapa lagi betul tak? 🙂

>> Tempah Tiket Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ONLINE <<

3 Comments

  1. Nur Asyikin November 18, 2016
    • admin November 18, 2016
      • Nurul December 3, 2016

Leave a Reply

error: Content is protected !!