Final Piala FA 2017 Pertembungan Dua Gergasi Liga Super

Rasanya semua dah tahu pasukan mana yang akan ke pentas final Piala FA 2017 yang mana pasukan Tok Gajah akan menentang skuad Helang Merah.

Dua skrip berbeza dalam perlawanan separuh akhir semalam yang mana Kedah dilihat tampil garang di tempat lawan dengan kemenangan bergaya 3-0 menjadikan agregat 4-0 berbanding Pahang yang terpaksa bertahan dengan asakan bertubi-tubi pasukan tuan rumah Negeri Sembilan. Namun, rezeki lebih berpihak kepada Pahang dengan kemenangan 2-1 dan mengumpul agregat 3-1.

Mesti Baca: Kelantan Tarik Diri Liga Malaysia Musim Depan?

Admin sebagai anak jati Pahang sudah tentu akan menyokong pasukan Pahang menang Piala FA 2017 tetapi Kedah bukan calang-calang pasukan kerana mereka turut bersama-sama dengan Pahang sedang mencabar JDT untuk menjurai Liga Super 2017.

final Piala FA 2017

Bagi pasukan yang melangkah ke perlawan akhir mereka tidak ada tekanan lagi kerana ini peringkat kalah mati dan mereka akan bermain mati-matian. Tiada agregat, tiada aksi tempat lawan lagi. Hanya fokus untuk mencipta kemenangan sahaja.

Perlawanan akhir Piala FA 2017 akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Mei 2017. Kita berharap perlawanan yang menarik ditampilkan dua gergasi Liga Super ini.

Final Piala FA 2017 Kedah Vs Pahang, Pertembungan Dua Gergasi Liga Super

SKUAD Kedah dan Pahang mengesahkan tempat ke final Piala FA 2017.

Kedah mara selepas meleburkan impian Terengganu 3-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Kemaraan Pahang pula diperoleh selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

final Piala FA 2017

Pasukan Kedah meraikan kemenangan di separuh akhir Piala FA 2017

Kedah yang menang 1-0 pada separuh akhir pertama 30 April lalu, mara dengan agregat 4-0, manakala Pahang mara dengan kelebihan agregat 3-1.

Pada aksi separuh akhir pertama di Kuantan pada 30 April lalu, Pahang menang 1-0.

Pada aksi malam tadi, Kedah tampil dalam kelas tersendiri tanpa memberi ruang kepada pasukan tuan rumah untuk meloloskan diri.

Ia malam gemilang buat skuad Helang Merah yang menyaksikan tiga pemain importnya muncul wira selepas meledak tiga gol pada perlawanan tersebut.

Penyerang import Kedah, Liridon Krasnigi membuka jaringan buat pasukannya pada minit kelapan diikuti gol kedua oleh Ken Ilso pada minit ke-28 sebelum Sandro da Silva melengkapkan malam gemilang Helang Merah itu menerusi jaringan pada minit ke-48.

Pasukan Pahang meraikan kemenangan di separuh akhir Piala FA 2017

Terengganu cuba bangkit, namun tidak dibenarkan oleh Kedah untuk melancarkan asakan.

Mesti Baca: Kelantan, T-Team, Perlis Dan ATM Dihukum Potong 6 Mata

Di Paroi, gol awal Pahang menerusi jaringan pemain import, Jaewon Heo pada minit ke-6 telah membunuh rentak Negeri Sembilan walaupun skuad Hoben Jang Hoben itu dilihat tampil lebih bertenaga pada separuh masa kedua.

Begitupun, situasi agak mencemaskan seketika apabila tuan rumah, berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-67 menerusi jaringan Bruno Suzuki tetapi kegembiraan itu tidak kekal lama kerana Pahang berjaya menambah jaringan menerusi Christie Jayaseelan pada masa kecederaan, sekali gus meranapkan impian 40,000 penyokong Negeri Sembilan yang membanjiri Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu.

Aksi final yang bakal menemukan Pahang dan Kedah akan berlangsung pada 20 Mei ini di Stadium Shah Alam –Sumber

Perlawanan akhir Piala FA 2017 akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Mei 2017.

Penyokong kedua-dua pasukan pasti tak sabar lagi untuk memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

Pesan admin satu sahaja, tunjukkan semangat kesukanan tinggi.

Jangan sesekali mainkan sentimen yang boleh menimbulkan ketegangan.

Kalah menang adat permainan, yang penting enjoy ­čÖé

Leave a Reply

error: Content is protected !!