Gadis Nasi Lemak Anak Dara Miliki Ijazah

Gadis nasi lemak anak dara, Siti Hajjar Ahmad yang menjadi sebutan hangat di laman sosial menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik pada Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Gadis nasi lemak anak dara tersebut menyatakan kegembiraannya apabila dia akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan elektronik setelah melalui pelbagai pengalaman baru sejak tamat belajar pada Jun lalu.

 Gadis Nasi Lemak Anak Dara

“Saya bersyukur sangat dengan apa yang dilalui ketika ini, perancangan seterusnya adalah memberi fokus terhadap perniagaan nasi lemak terlebih dahulu sebelum mencari pekerjaan dalam bidang yang dipelajari.

“Idea berniaga nasi lemak yang diberi nama ‘nasi lemak anak dara’ ini adalah daripada kawan, sementara saya menunggu panggilan kerja,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Siti Hajjar, dia tidak pernah menyangka akan mendapat perhatian ramai, namun menganggapnya sebagai rezeki untuk membantu ibunya dan adik-beradik lain.

Jelas anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu, ketika ini, dia mahu meneruskan perniagaan nasi lemak terbabit walaupun sudah mendapat tawaran kerja berkaitan kelulusannya.

Gadis Nasi Lemak Anak Dara

Sementara itu, ibunya, Asmah Senapi, 55, menyokong apa jua usaha yang dilakukan anak ketiganya itu, namun tetap berhasrat untuk melihat Siti Hajjar menjadi seorang jurutera suatu hari nanti.

Bercerita mengenai Siti Hajjar, guru di sebuah sekolah di Sungai Petani itu berkata, dia juga agak terkejut apabila diberitahu Siti Hajjar mahu berniaga kerana mereka bukannya keluarga yang pernah berada dalam bidang itu.

“Tetapi Siti Hajjar memang seorang yang rajin memasak, apabila dia cuti semester dahulu pun dia akan menolong saya di dapur sehingga boleh memasak,” kata ibu kepada lima cahaya mata itu. Sumber

Tahniah kepada gadis Nasi Lemak Anak Dara yang popular dan viral di laman sosial. Kisah beliau disaman kerana berniaga tanpa lesen mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sehingga turun padang menyelesaikan masalahnya. Hebatnya penangan Nasi Lemak Anak Dara 🙂

Apapun, ini boleh menjadi kisah teladan kerana jangan pandang orang lain sebelah mata. Lihat buktinya walaupun  gadis Nasi Lemak Anak Dara ini hanya berniaga di tepi jalan tetapi beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik. Siapa sangka betul tak?

Leave a Reply

error: Content is protected !!