Menu

Akhirnya… Gadis Rempuh 8 Remaja Di Johor Didakwa

Ingat lagi tak kes seorang gadis rempuh 8 remaja di Johor Bahru? Akhirnya, gadis tersebut didakwa! Mungkin ada yang terlupa sebab banyak sangat kes bukan-bukan berlaku sekarang ni. Terbaru, seorang remaja perempuan memandu melawan arus dan membunuh pengguna jalan raya lain. Baca di Sini

Akhirnya… Gadis Rempuh 8 Remaja Di Johor Didakwa

Penantian keluarga lapan remaja yang maut dirempuh kereta Nissan Almera di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di sini pada 18 Februari lalu mampu menarik nafas lega apabila gadis berkenaan bakal didakwa hari ini.

Ketua Polis Da­erah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, gadis berusia 22 tahun dan berasal dari Skudai di sini akan didakwa di Mahkamah Trafik Johor Bahru di sini mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.

gadis rempuh 8 remaja di Johor Bahru

8 orang remaja yang menjadi mangsa rempuhan di Johor

Mengikut seksyen itu, jika sabit kesalahan, pemandu kereta berkenaan boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 selain lesen memandu digantung.

Menurut beliau, selepas tragedi itu, gadis yang bekerja sendiri dilepaskan dengan jaminan polis sehari selepas dia ditahan bagi diambil ketera­ngan berhubung insiden tersebut.

Mesti Baca: Kesan Pelukan Ibu Bapa, Anak Lebih Hebat!

“Pihak kita telah melengkapkan kertas siasatan secara terperinci, menyeluruh selain siasatan memakan masa yang agak lama sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Esok (hari ini) kita akan dakwa pemandu wanita itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di Mahkamah Trafik Johor Bahru,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam – Sumber 

Agak lama juga penantian keluarga mangsa untuk melihat gadis rempuh 8 remaja di Johor ini didakwa.

Admin sendiri pun dah lupa berita ini.

Jangan tuduh menuduh dahulu, kita tunggu apa berita selanjutnya kes ini.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!