Wow! Gaji Penebar Roti Canai RM1600-RM1800

Dalam persaingan merebut peluang pekerjaan, ramai yang tewas dan putus asa. Salah satu sebabnya terlalu memilih pekerjaan atau kelayakan tidak setimpal. Satu perkara yang admin nak beritahu di sini, jangan pandang rendah terhadap sesuatu pekerjaan. TANPA kelulusan tetapi ada kemahiran anda mampu mendapat gaji yang lebih lumayan! Contohnya, gaji penebar roti canai boleh mencecah sehingga RM1800 sebulan (kelayakan gaji diploma).

Jadi, tiada alasan kalau masih menganggur betul tak?

Mula-mula jadi penebar roti canai kedai orang bila dah cukup modal buka kedai makan sendiri lagi kaya daripada makan gaji atau kerja kerajaan.

Tak tahu tebar roti canai?

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Admin pun tahu menulis saja menebar roti canai haram tak tahu tetapi kita boleh belajar betul tak? Apa salahnya rendahkan ego, buang perasaan malu dan cuba dekatkan diri dengan orang yang tahu menebar roti canai.

Ambil masa sedikit belajar tebar roti nanti bila dah cekap boleh memohon kerja penebar roti canai di mana-mana kedai makan yang memerlukan.

Rebut Peluang! Gaji Penebar Roti Canai RM1600-RM1800

KUALA LUMPUR – Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) sedia menawarkan gaji penebar roti canai mahir dikalangan warga tempatan antara RM1,600 ke RM1,800.

Namun, Presidennya, Ayoob Khan Muhamad Yakub berkata, tawaran itu tidak mendapat sambutan kerana kerjaya sebagai tukang masak di restoran India atau Muslim tidak popular dalam kalangan pekerja tempatan.

 gaji penebar roti canai

“Gaji itu sama dengan gaji pekerja asing yang kita berikan malah ada tukang masak pekerja asing menerima gaji mencecah RM7,000 sebulan.

“Bagi saya jika ada pekerja tempatan mahir dan sanggup bekerja selama lapan jam tak ada masalah,” katanya ketika sidang media Wisma Primas, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, beliau turut bercadang supaya kerajaan dapat mencari jalan membekalkan pekerja tempatan untuk bekerja dengan industri restoran mereka selain mengadakan karnival kerjaya khas untuk industri restoran dan pemakanan.

Katanya, melalui karnival itu mungkin boleh melihat permintaan pekerja tempatan dalam bidang ini – Sumber

Terpulang kepada diri sendiri.

Memilih kerja sangat sampai bila nak bergantung dengan mak bapak untuk sara hidup.

Kerja apa pun buat saja janji halal dan mendatangkan hasil. Kalau harapa kerja kerajaan saja memang susah, saingan kuat dan kekosongan pun tak banyak.

Lagipun, gaji penebar roti canai setaraf diploma apa 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!