Gaji Penjawat Awam Dibayar 2 Kali Sebulan. Bila Mula?

Beberapa hari ini tular dalam media sosial Facebook dan Whatsapp yang mana ada ura-ura gaji penjawat awam dibayar 2 kali sebulan. Berita ini sedikit menggemparkan penjawat awam kerana jika ianya benar-benar terjadi akan menimbulkan pelbagai implikasi kewangan kepada mereka.

Ada baik dan ada buruk gaji penjawat awam dibayar 2 kali sebulan tetapi pada pendapat admin sendiri lebih banyak buruk daripada baiknya.

Memang duit nampak tidak akan putus tetapi susah sebenarnya hendak mencongak perbelanjaan bulanan jika gaji yang diterima sedikit-sedikit. Jika dapat “sedebuk” kita lebih mudah menganggar perbelanjaan dan terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing untuk membelanjakan wang gaji mereka.

Putus duit tengah bulan? Itu kena lihat di mana wang tersebut dibelanjakan. Dalam suasana ekonomi yang tidak berapa baik ditambah dengan peningkatan kos sara hidup adalah lebih baik kita berjimat-cermat, berbelanja perkara yang penting sahaja danjika berkesempatan boleh membuat pendapatan sampingan seperti bisnes online sebagai contoh Buat Duit Dengan Affiliate.

Tular Gaji Penjawat Awam Dibayar 2 Kali Sebulan, JPA Jawab….

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan gaji penjawat awam dibayar 2 kali sebulan, seperti laporan sebuah portal berita mesra Umno, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman, berkata pelaksanaan pembayaran gaji dua kali sebulan seperti yang dilaporkan itu adalah di Brunei dan bukan negara ini.

“Saya tidak pernah dengar mengenai (pelaksanaan) gaji dua kali sebulan ini. Jangan dengar khabar angin.

“Setakat ini, kita kekal pembayaran gaji sekali sebulan,” katanya yang dipetik Berita Harian Online.

Dua hari lalu, portal Mynewshub mendakwa mendapat maklumat bahawa penjawat awam negara ini akan menerima gaji dua kali sebulan iaitu pada pertengahan dan akhir bulan dalam masa terdekat.

gaji penjawat awam dibayar 2 kali sebulan

Portal itu mendakwa, langkah berkenaan dikatakan bertujuan membantu penjawat awam menguruskan perbelanjaan harian dan kaedah berkenaan tidak membabitkan pesara kerajaan.

Sebelum ini, idea gaji kakitangan awam dibayar dua kali sebulan pernah dicadang oleh perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sepatutnya dilaksanakan mulai Ogos 2008.

Namun, idea itu, tidak diteruskan setelah mendapat bantahan pelbagai pihak, khususnya oleh Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) – Sumber

Jangan percaya khabar angin atau berita yang tersebar melalui laman sosial tanpa menunggu pengesahan rasmi daripada pihak berwajib.

Dalam hal gaji penjawat awam dibayar 2 kali sebulan ini, JPA dah jawab yang semuanya TIDAK BENAR. Jadi, penjawat awam boleh bekerja macam biasa dan cuba kawal perbelanjaan bulanan dan belajar meningkatkan taraf hidup tanpa berharap gaji semata-semata.

One Response

  1. Temerlove November 28, 2017

Leave a Reply

error: Content is protected !!