Gempar! 800 Remaja Hamil Di Perak

Gempar dan mengejutkan apabila melihat statistik tahun lalu menunjukkan 800 remaja hamil di Perak   yang mana sebanyak 787 kes kehamilan dalam kalangan remaja direkodkan di Perak sepanjang tahun lalu, dengan 615 daripada membabitkan pelajar sekolah.

800 Remaja Hamil Di Perak

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Datuk Dr Mah Hang Soon berkata jumlah itu menurun berbanding 892 kes pada 2014. Walaupun kes itu menurun ianya tidak boleh dipandang ringan dan usaha perlu ditingkatkan untuk mengatasi kes kehamilan  di kalangan remaja tidak menjadi parah pada masa depan.

Sebanyak 30,607 kes antenatal (kehamilan) direkodkan di seluruh Perak sepanjang tahun lalu, dengan 2.6 peratus membabitkan remaja. Ada di antara remaja hamil ini mangsa rogol dan bukan atas kehendak mereka. Sumber

800 Remaja Hamil Di Perak

Kes 800 remaja hamil di Perak ini jelas menunjukkan keruntuhan moral di kalangan remaja terutama yang berada di bangku sekolah semakin membimbangkan.

Isunya di sini bukan remaja dari negeri mana tetapi statistik 800 remaja hamil di Perak yang dipaparkan memberi isyarat kepada kita tindakan segera perlu di ambil tak kira daripada ibu bapa atau kerajaan untuk mengatasi kes ini daripada menjadi lebih parah.

Punca Keruntuhan Moral Dan Akhlak Remaja

  • Kurang didikan agama. Remaja yang tidak mendapat didikan agama yang sempurna mudah terjebak dengan gelaja keruntuhan moral.
  • Keluarga tidak harmoni juga menjadi punca keruntuhan moral remaja yang mana ibu bapa yang kerap bergaduh, adik beradik yang saling bercakaran dan tidak menghormati sesama keluarga.
  • Sikap ingin mencuba remaja terhadap perkara baru seperti pil ecstacy, menghidu gam, seks bebas dan sebagainya.
  • Media sosial dan internet juga di antara punca keruntuhan akhlak remaja yang mana lambakan filem lucah boleh di akses dengan mudah.

Cara Mengatasi Keruntuhan Moral Remaja

  • Dekatkan diri dengan Tuhan. Ibadah yang sempurna dapat menjauhkan diri daripada gejala sosial dan keruntuhan akhlak.
  • Jauhkan diri daripada rakan-rakan yang mendorong ke arah gejala keruntuhan moral.
  • Dengar nasihat ibu bapa dan sentiasa menjaga hubungan baik bersama keluarga
  • Fokus kepada pembelajaran di sekolah dengan menetapkan matlamat untuk berjaya dalam hidup

Semoga kes 800 remaja hamil di Perak ini menjadi petunjuk kepada ibu bapa, kerajaan dan remaja sendiri untuk menghalang kejadian seperti ini daripada menjadi lebih parah di masa hadapan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!