Menu

Gempar! Neelofa Mahu Kahwin Tahun Ini Dengan Admin Carian Semasa?

Sedang admin sibuk membaca status banjir terkini terutama di Temerloh, Pahang terbaca pula berita di Kosmo! Online Neelofa mahu kahwin tahun ini. Katanya dengan admin Blog Carian Semasa! Sabar…. Jangan ada yang meraung baca dahulu……

Dia nak kahwin tahun ni admin tak kisah pun..

Tapi dia sendiri tak tahu siapa bakal suaminya?

Pulak… dengan putera bunian ke?

Ke dia ada hati dengan admin??!!

Maaf Lofa…. abang dah kahwin beranak dua..

Bini abang lawa lofa oiii….

Sudahlah tu.. Ok jom baca apa cerita Neelofa mahu kahwin tahun ini yang admin petik daripada Kosmo! Online..

Neelofa Mahu Kahwin Tahun Ini

Pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd. Noor itu bagaimanapun menyerahkan urusan jodoh kepada ketentuan Tuhan dan tidak menetapkan sebarang sasaran tempoh tepat untuk bernikah.

“Bila kakak saya, Noor Nabila bakal berkahwin dengan Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac ini, ramai orang bertanyakan bila pula giliran saya.

“Saya memang sudah bersedia hendak bergelar isteri, kalau Tuhan izinkan, pada tahun ini juga saya mahu nikah. Tapi itu semua bukan terletak di tangan saya, kalau bukan tahun ini mungkin tahun hadapan atau dua tahun lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran minyak wangi Awal Ashaari dan Scha Al Yahya di The Majestic Hotel di sini hari ini.

Neelofa bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang siapakah calon suaminya – Sumber

Oklah itu je admin nak sampaikan berita gempar “Neelofa Mahu Kahwin Tahun Ini” selain cerita Jamal Sekinchan@Jamban@Pak Tongkol buat hal lagi bawa katil depan pejabat orang.

Admin pernah ulas aksi Jamal ni dulu. Baca Koleksi Lawak Jamal Sekinchan 2016

Kali ni admin tak berminat nak ulas hal Jamal Pak Tongkol tu. Lantak kaulah labu…..

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!