Gerhana Bulan 3 Fasa Sekali Dalam 265 Tahun. Rugi Tak Tengok!

Pada malam ini, 31 Januari 2018 memang sangat rugi jika terlepas peluang melihat fenomena yang boleh dianggap sekali seumur hidup untuk dilihat iaitu gerhana bulan 3 fasa iaitu supermoon, ‘bulan biru’ dan ‘gerhana bulan (bulan berdarah). Fenomenan gerhana bulan ini hanya terjadi dalam tempoh 2,380 bulan penuh iaitu secara purata fenomena sama akan berulang hanya 265 tahun lagi.

Bayangkan untuk melihat semula fenomena gerhana bulan 3 fasa ini dalam 265 tahun lagi daripada hari ini. Rasanya manusia biasa macam kita ini tak akan hidup sehingga 265 tahun lagi. Jadi, nikmatilah fenomena alam semula jadi luar biasa ciptaan Tuhan ini dan bayangkan betapa indahnya dunia ciptaan Tuhan yang akhirnya akan hancur bila sampai masanya.

Gerhana Bulan 3 Fasa

Gerhana bulan pada jam 08.10 malam di Kota Kinabalu, Sabah. Sumber Gambar Berita Harian Online

Admin pun beberapa kali keluar masuk rumah untuk melihat gerhana bulan 3 fasa ini kerana berita mengenainya telah lama tular dalam media sosial. Memang rugi kalau tak tengok.

Ya Allah! Kagum betul. Betapa cantiknya gerhana bulan sekali dalam 265 tahun ini. Inilah kali pertama dan kali terakhir admin akan dapat fenomena mengagumkan ini.

Mesti Baca: Usia Bulan Sudah 4.51 Bilion Tahun

Maaf…. Admin tak memiliki gambar yang cantik dapat diambil daripada telefon pintar admin yang murah dan biasa-biasa sahaja. Dapat lihat dengan mata kasar sahaja cukuplah.

Untuk makluman, gerhana bulan 3 fasa ini akan berakhir pada jam 12.08 malam, 01 Februari 2018. Jadi, masih sempat melihatnya ketika admin menulis entri ini.

Gerhana Bulan 3 Fasa

Gerhana bulan pada jam 08.10 malam di Kota Kinabalu, Sabah. Sumber Gambar Berita Harian Online

Hujan pun sudah turun mencurah-curah. Bermakna tak dapat lagi admin menyaksikan fenomena gerhana bulan 3 fasa sekali dalam 265 tahun ini. Tetapi, cukuplah sekurag-kurangnya admin dapat melihatnya hari ini.

Bagi yang belum menyaksikannya, masih ada masa lagi. Jangan terlepas melihat fenomena alam luar biasa ini. Ingat! 265 tahun lagi baru kita dapat melihatnya semula.

Manusia biasa tak akan hidup lebih lama melainkan jin dan syaitan sahaja untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan 3 fasa ini lagi 🙂

Mesti Baca: Durian Dah Jadi Makanan Orang Kaya?

Leave a Reply

error: Content is protected !!