Gol Faiz Subri Tiga Senarai Akhir Anugerah Puskas

Gol “ajaib” pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri berjaya disenaraikan dalam tiga jaringan terbaik dunia 2016 dan memiliki peluang cerah dinobatkan pemenang bagi Anugerah Puskas 2016 Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Keputusan undian yang dikeluarkan FIFA sebentar tadi, gol Faiz Subri dicabar oleh pemain tengah Corinthians, Marlone dan penyerang skuad kebangsaan wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Faiz Subri

Menariknya, dua pemain terbaik dunia ketika ini iaitu Lionel Messi dan Neymar terlepas peluang untuk memenangi anugerah Puskas 2016.

Faiz Subri yang mencetus sejarah baru bola sepak Malaysia apabila gol sepakan percuma dari jarak 32 meter ketika bertemu Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya pada 16 Februari lalu menjadi “viral” di laman sosial seterusnya berjaya dicalonkan dalam anugerah Puskas 2016.

Baca Juga: Kiraan Mata Badminton Tukar Lagi

Selain Messi dan Neymar, turut bersaing untuk merebut anugerah sempena nama penyerang legenda Real Madrid dan Hungary, Ferenc Puskas itu adalah Mario Gaspar dari Sepanyol, Hlompho Kekana (Afrika Selatan), Marlone (Brazil), Hal Robson-Kanu (Wales), Daniuska Rodriguez (Venezuela), Saul Niguez (Sepanyol) dan Simon Skrabb (Finland).

Tahniah! Faiz Subri. Kita berharap beliau akan menang anugerah Puskas 2016 dan mengharumkan nama Malaysia walaupun prestasi pasukan bola sepak kita hidup segan mati tak mahu 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!