JDT Juara Liga Super 2017 Jika Raih Lima Mata Lagi..

Sah JDT juara Liga Super 2017 jika mereka berjaya mengutip lima mata sahaja lagi seterusnya mencipta rekod juara liga super empat musim berturut-turut.

Sebentar tadi, JDT membelasah T-Team 6-1 dan memberi amaran kepada pasukan pesaing terdekat mereka, Kedah dan Pahang bahawa JDT mahu mengesahkan kejuaraan mereka lebih awal sebelum liga tamat.

Dengan baki lima perlawanan sahaja lagi, Pahang dan Kedah turut mencatat kemenangan untuk menghidupkan peluang mengejar JDT atau sekurang-kurangnya menamatkan saingan liga super musim ini sebagai naib juara

Hanya Lima Mata Lagi, Sah JDT Juara Liga Super 2017

KUALA LUMPUR 22 Julai – Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir pasti memahat sejarah baharu dalam arena bola sepak tanah air untuk muncul sebagai pasukan pertama yang menjuarai Liga Super buat kali keempat berturut-turut biarpun perlawanan liga masih berbaki lima perlawanan.

JDT Juara Liga Super 2017

 

Perkara itu dilihat selepas skuad kendalian Ulisses Morais mudah membelasah pasukan T-Team 6-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, manakala pencabar terdekatnya, Kedah menang 2-0 ke atas Pulau Pinang dan Pahang turut melakar kemenangan 2-0 ke atas Melaka United, malam tadi.

Mesti Baca: Wang Tak Dituntut: Pernah Buka Banyak Akaun Bank Wajib Baca…

Harimau Selatan kini kukuh di persada liga dengan mengumpulkan 42 mata sekali gus hanya memerlukan lima mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan liga musim ini.

Sementara itu, Selangor tewaskan Kelantan 1-0, Perak menang tipis 1-0 dan Sarawak tunduk 0-1 kepada PKNS FC – Sumber

Saingan Liga Super Malaysia 2017 semakin hampir melabuhkan tirainya dengan baki lima perlawanan sahaja lagi.

Setakat ini, JDT dilihat sangat sukar digugat dengan kelebihan 11 mata dengan pasukan di tangga kedua iaitu Kedah.

Admin secara peribadi beranggapan tidak syak lagi JDT juara Liga Super 2017 kecuali ada keajaiban berlaku tetapi ianya dilihat agak mustahil.

Leave a Reply

error: Content is protected !!