Jika HARAPAN Menang PRU14, Ke Mana Najib?

Jika HARAPAN menang PRU14 dan mengambil alih kerajaan, bagaimanakah nasib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak?

Ini soalan panas yang ditujukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi pakatan HARAPAN secara langsung di Facebook bersama Pengerusi Kumpulan Multimedia Kebangsaan Thailand, Suthicai Yoon pada pagi ini.

Nak tahu apa jawab Tun Dr Mahathir?

Jom baca artikel yang admin petik daripada Malaysiakini hari ini.

Jika HARAPAN Menang PRU14, Ke Mana Najib?

Orang ramai akan membuat keputusan apa yang perlu dilakukan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil alih pentadbiran Putrajaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya apakah perancangan beliau terhadap musuh ketatnya itu, Mahathir berkata “Terpulang kepada rakyat. Mereka tentunya mahu tindakan diambil terhadapnya”.

“Bahkan kalau saya cuba berunding dengannya, ia tidak akan berkesan kerana rakyat sangat marah dengan Najib”.

Mesti Baca: Walaupun PRU 14 Esok, PM Yakin Menang!

Mahathir bercakap dalam siaran secara langsung di Facebook bersama Pengerusi Kumpulan Multimedia Kebangsaan Thailand, Suthicai Yoon pada pagi ini.

Sementara itu, walaupun Mahathir percaya HARAPAN mempunyai sokongan yang cukup untuk menjatuhkan Najib, beliau juga percaya perdana menteri akan menggunakan “semua cara haram untuk mengekalkan kedudukannya”.

HARAPAN Menang PRU14

“Kita boleh memenangi majoriti. Satu-satunya masalah yang kita miliki ialah Najib akan menipu, dia akan menyogok dan melakukan semua perkara untuk mempertahankan kepimpinannya kerana dia tahu jika dia bukan perdana menteri, dia akan didakwa di mahkamah dan merengkok di penjara,” dakwa Mahathir.

Mahathir bagaimanapun menegaskan Umno tidak begitu kuat seperti dulu.

Mesti Baca: PRU14: Cara Dan Semakan Daftar Pemilih

“Anda mesti ingat, kebanyakan ahli parti saya yang mahu menggulingkan Najib adalah bekas ahli Umno,” katanya.

Bekas perdana menteri itu juga ditanya sama ada beliau takut akan dibawa ke mahkamah atas ucapannya mengenai Najib.

“Setakat ini dia tidak menyaman saya, saya telah memanggilnya seorang pencuri, perompak, lanun, dia tidak menyaman saya,” katanya – Sumber

Admin tak akan memihak mana-mana buat masa ini.

Semua parti sama ada di pihak kerajaan dan pembangkang nampak bercelaru.

Kita tunggu sahaja PRU14 yang boleh dibuat bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Jika benar HARAPAN menang PRU14, memang menarik untuk kita saksikan apakah nasib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nanti.

Leave a Reply

error: Content is protected !!