Menu

Harga Durian Musang King RM100 Sekilo?

Sebelum ini admin ada menulis yang Musang King Raub Sudah Luruh. Jika sebelum ini harga raja buah ini mencecah sehingga RM60 sekilo tetapi hari ini admin terbaca di Kosmo Online harga durian Musang King mencecah sehingga RM100 sekilo.

Haaa….. terkejut beruk bukan? maknanya nak dapatkan sebiji Musang King melayang duit sampai RM100. Kalau admin biar tak beli kalau harga sembelih leher macam tu….

Harga Durian Musang King RM100 Sekilo?

Penggemar buah durian di negara ini mempertikaikan tindakan sesetengah peniaga yang mengambil kesempatan di atas populariti Musang King sebagai Raja Durian apabila ia dijual pada harga terlajak mahal mencecah RM100 sekilogram sejak beberapa minggu lalu.

Dalam tinjauan Kosmo! semalam di beberapa lokasi di Chow Kit, Kuala Lumpur, Peta­ling Jaya dan Ampang, Selangor serta Bentong, Pahang mendapati rata-rata peniaga meletakkan harga durian Musang King antara RM80 hingga RM100 untuk sekilogram.

Ini bermakna, seorang pelanggan perlu membelanjakan lebih RM150 hanya untuk mendapatkan sebiji Musang King bersaiz sederhana yang biasanya sebe­rat lebih sekilogram dengan purata antara enam hingga lapan ulas durian.

Secara anggarannya, seorang penggemar durian terpaksa membayar harga RM20 untuk ha­nya seulas durian Musang King yang dimakannya.

Harga Durian Musang King RM100 Sekilo?

Jika dinikmati bersama ahli keluarga seramai lima orang contohnya, ketua keluarga perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM700 untuk lima biji buah durian Musang King.

Difahamkan kebiasaannya pada tahun-tahun sebelum ini, harga buah durian Musang King dijual antara RM35 hingga RM50 sekilogram.

Seorang penggemar durian, Amirul Zaiq Roselan, 27 berkata, ramai pihak tidak puas hati de­ngan harga pasaran Musang King yang dianggap ibarat mencekik darah.

Jelasnya, harga hampir RM100 sekilogram secara logiknya tidak mampu dibayar oleh orang biasa melainkan seseorang yang benar-benar meminatinya dan berduit.

“Secara logiknya memang tidak berbaloi menghabiskan ratusan ringgit semata-mata untuk sebiji durian.

“Berdasarkan pengalaman saya, harga durian Musang King sebelum ini jauh lebih murah. Saya pernah menikmatinya pada harga sekitar RM40 sekilogram.

“Namun, kali ini saya terpaksa memilih buah durian jenis lain kerana merasakan peniaga mengambil kesempatan di atas populariti Musang King,” kata­nya di sini semalam – Sumber

Kegilaan apakah harga durian Musang King sampai RM100 sekilo?

Bayangkan lima orang makan kena keluar duit sekurang-kurangnya RM700 sekali makan sahaja!!

Lepas makan Musang King melopong duit tak ada sehingga gaji bulan depan 🙂

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!